Muhyiddin berkata perjuangan BERSATU bukan hanya untuk menyingkirkan Najib tetapi untuk selamatkan Malaysia!

Perjuangan Bersatu bukan lagi setakat menyingkirkan Perdana Menteri Najib Razak tetapi jauh daripada itu, mahu mengubah sistem dan institusi negara yang sudah rosak teruk, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata menurunkan Najib semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah negara.

“Ini bukan hanya soal personaliti. Ini soal apa yang sudah beliau lakukan, dasar-dasar yang dimulakannya, kerosakan yang beliau buat pada negara, dan saki-baki masalah yang akan terpaksa diuruskan oleh generasi akan datang.

“Hutang berjuta-juta ringgit yang terbeban oleh negara dan masalah 1MDB masih perlu diselesaikan. Kalau Najib letak jawatan sekalipun, ia tidak akan menyelesaikan semua masalah ini ,” kata Muhyiddin kepada The Malaysian Insight dalam wawancara di pejabatnya, semalam.

Bekas timbalan presiden Umno itu menjawab soalan apakah sekiranya Najib letak jawatan sebelum pilihan raya umum akan datang, rakyat akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin menjelaskan isu besar yang dihadapi oleh negara, di bawah pentadbiran BN, ialah sistemnya kini sudah jadi toksik.

“Apabila sesuatu benda itu jadi toksik, apa saja yang bersentuhan dengannya jadi beracun.”

Muhyiddin juga berkata Bersatu mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS dalam pakatan pembangkang.

“Kita tak mahu bersaing dengan PAS dan bukan isunya apakah Bersatu melawan PAS.”

Tetapi kalau kita kaji apa yang berlaku dalam PAS dan jumlah ahlinya yang tidak berpuas hati (dengan parti Islam itu), ia tidak sekuat dulu lagi.”

Muhyiddin mendedahkan ramai juga ahli PAS yang keluar daripada parti Islam itu dan menyertai Bersatu.

“Saya ke Sik, Kedah beberapa bulan lalu untuk terima borang keahlian daripada lebih 400 bekas ahli PAS yang mahu masuk Bersatu.

“Mereka tidak masuk Umno atas alasan yang kita semua tahu. Mereka juga tidak masuk parti yang lagi satu (Amanah) kerana alasan sama tetapi apabila Bersatu ditubuhkan, mereka tidak rasa janggal untuk bersama-sama dengan kita. Kita bukan Umno.” – Baca petikan wawancara selanjutnya di TMI

KLIK BACA: Kerajaan menunggu PAS perdaya penyokong, politik matang sejahtera hanya untuk UMNO, BN dan Najib saja

KLIK BACA: Polis – Pemandu bekas peguam negara ditembak tiada kaitan 1MDB

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: Nor Mohamed Yakcop tak patut jadi kambing hitam, kata Puad Zarkashi

KLIK BACAKita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

KLIK BACATrump batalkan saja pertemuan dengan Najib, gesa WSJ

KLIK BACA: Dr Mahathir bersih dari skandal Forex BNM dengan kenyataan Nor Yakcop

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share