Nor Mohamed Yakcop cuba mengelak untuk melibatkan Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad dengan skandal forex dan sanggup menjadi kambing hitam, kata ahli majlis tertinggi Umno.

“Beliau bertanggungjawab dalam kerugian besar itu tetapi menafikan semua keputusan berhubung perdagangan tukaran wang oleh bank pusat pada 1990an dibuat olehnya,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi dalam satu kenyataan hari ini lapor The Malaysian Insight.

“Maknanya ada pihak lain yang terlibat. Siapa individu itu? Adakah dia maksudkan gabenor BNM (ketika itu)?

“Sudah pasti Nor Mohamed mengelak untuk melibatkan perdana menteri ketika itu (Dr Mahathir) dan menteri kewangan (Anwar Ibrahim).”

Gabenor BNM ketika itu ialah Jaffar Hussein.

Puad turut mempersoalkan mengapa perdagangan tukaran wang diteruskan walaupun terdapat kerugian yang berjumlah berbilion ringgit.

“Mengapa ia tidak dihentikan serta merta? Mustahil Nor Mohamed membuat semua keputusan sendirian dan ia juga mustahil tiada sebarang arahan diberikan di peringkat yang lebih tinggi.

“Anwar sendiri cuba untuk tidak memberi penjelasan ketika disoal Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung mengapa menteri Kabinet hanya diberitahu kerugian RM5.7 bilion sedangkan kerugian sebenar dianggarkan berjumlah RM32.074 bilion,” tambahnya.

Puad turut menyatakan tindakan Nor Mohamed yang merupakan bekas penolong gabenor BNM itu mungkin sebagai tanda terima kasih kepada Dr Mahathir yang melantiknya sebagai penasihat kewangan ketika Krisis Kewangan Asia pada 1997/1998.

“Isunya adalah orang yang dipertanggungjawabkan.

“Nor Mohamed Yakcop tidak sepatutnya menjadi kambing hitam dan menyembunyikan kebenaran berhubung skandal yang menyebabkan negara menanggung kerugian berjumlah berbilion ringgit dari 1986 hingga 1993 sebelum persaraannya pada April 1994.

Nota Ana Ghoib: Cuba tanya AMT Umno yang terlebih bijak ‘jumpy’ berpihak berpilih ini berkenaan Sirul, Razak Baginda, PI Bala, Altantuya, Jho Low, Isa Samad apakah gelaran nak bagi pula?…

KLIK BACA: Najib ada berani tubuh RCI Memali selepas RCI Forex menikam diri?

Nota Ana Ghoib:  Nor Mohamed Yakcop boleh sahaja mengait atau mengenakan Tun Mahathir maka tentunya akan dijulang wira dalam lingkaran Umno, malah mungkin diberikan kedudukan lumayan baik tetapi dia tahu bahawa berkata benar lebih penting daripada dijulang manusia lalai bermuka-muka di dunia sementelah syukur dia tahu tanggungjawabnya kepada Tuhan.

Thoha Putrajaya – Ketahuilah barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka ia telah menyiksamu. maka alangkah sabar beraninya mereka dan kamu masuk menentang api neraka…

Firman Allah Swt: …dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak menyucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih. – (Al-Baqarah: 174)

Dikatakan demikian kerana Allah murka terhadap mereka, mengingat mereka menyembunyikan perkara hak yang mereka ketahui. Untuk itu mereka berhak mendapat murka Allah, dan Allah tidak mahu melihat mereka.

Wala yuzakkihim, Allah tidak mahu menyebut dan memuji nama mereka, bahkan Allah mengazab mereka dengan siksa yang amat pedih.

Dari Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah Saw bersabda: Ada tiga macam orang, Allah tidak akan bercakap kepada mereka dan tidak akan melihat mereka, serta tidak akan menyucikan mereka, dan bagi mereka siksa yang amat pedih, iaitu:

Orang tua yang berbuat zina, raja (penguasa) yang pendusta, dan orang miskin yang takabur. [sombong]. – [Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Murdawaih]

Firman Allah: (Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”. – (Al-Anbiyaa’ 21:112)

Susunan Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Nasihat Ras Arab | Kepada kita mudah, mereka yang zalim kita nasihati manakala yang aniaya kita perangi…sebelum sampai azab yang tertentu bagi Allah melaksanakannya.

KLIK BACA: Najib ada berani tubuh RCI Memali selepas RCI Forex menikam diri?

KLIK BACA: Kenyataan Puad memfitnah Anwar, hina RCI, kata peguam Dr Mahathir

KLIK SINI: Video wawancara Tun Mahathir buka suara – CNN Indonesia di Putrajaya

KLIK BACA: Polis – Pemandu bekas peguam negara ditembak tiada kaitan 1MDB

KLIK BACA: Bila RCI Forex ditubuh Najib nak panggil Tun Mahathir…

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE