Dapatkan Tun Mahathir dipersalahkan tanpa memanggilnya sebagai saksi, tidakkah RCI forex itu Najib yang setuju menubuhkannya? – Foto FMT

oleh Shahbudin Husin

Berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah, Tun Mahathir Mohamad telah hadir sebanyak dua kali secara sukarela dalam sessi pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan forex.

Setelah melakukannya kali pertama dua minggu lalu, semalam ketika Anwar Ibrahim memberi keterangannya kepada RCI forex, beliau sekali lagi hadir di galeri awam untuk menyaksikan sessi pendengaran yang dijalankan.

Kehadiran secara sukarela, ikhlas dan tanpa takut itu adalah gambaran keberanian untuk sedia dipanggil sebagai saksi seterusnya jika betul RCI forex yang ditubuhkan Najib Razak itu benar-benar berpaksikan keinginan mencari kebenaran.

Namun, sehingga ini nama Tun Mahathir belum lagi disenaraikan sebagai saksi dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan dipanggil untuk memberi keterangan atau sebaliknya.

Berdasarkan banyak kenyataan pemimpin UMNO, termasuk Najib sendiri serta jentera propaganda kerajaan yang sebelum ini seolah-olah memberi gambaran Tun Mahathir bersalah dalam isu kerugian urusniaga forex kira-kira 25 tahun lalu, mengenepikan beliau sebagai saksi jelas suatu perbuatan yang berniat jahat dan seolah-olah mahu menjatuhkan hukuman tanpa memanggilnya mempertahankan diri dengan hujah-hujah pembelaan.

Lebih dari itu, tanpa diduga oleh sesiapa, berikutan keterangan Nor Mohamed Yakcop yang telah mengaku bertanggungjawab sepenuhnya dalam kerugian urusniaga tersebut, sekaligus membersihkan nama Tun Mahathir daripada sebarang kaitannya, jika RCI forex masih berpegang kepada falsafah mencari kebenaran, memanggil bekas Perdana Menteri itu sebagai saksi adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan lagi.

Dengan memanggil Tun Mahathir sebagai saksi, RCI forex dengan sendirinya boleh secara terbuka menyoal dan berhujah dengan beliau, bukan saja behubung keterangan Nor Mohamed Yakcop, bahkan apa jua isu berkaitan kerugian urusniaga forex itu.

Tetapi, jika beliau tidak dipanggil sebagai saksi, bagaimanakah relevannya agar segala kesalahan mahu dibebankan kepada Tun Mahathir?

Jika Tun Mahathir dipersalahkan tanpa memanggilnya sebagai saksi, tidakkah RCI forex itu sendiri dan Najib yang setuju menubuhkannya, di sebalik desakan paling rasional supaya 1MDB juga diwujudkan RCI, akhirnya akan menjadi bahan ketawa seluruh dunia?

Dalam hal ini, mungkinkah dengan perkembangan terbaru yang tidak dijangka oleh sesiapa, khususnya setelah keterangan Nor Mohamed Yakcop, beban kesalahan bakal beralih daripada Tun Mahathir kepada Anwar?

Tetapi, apa manfaatnya jika Anwar yang dapat dipersalahkan sedangkan beliau sudah pun berada di penjara dan Tun Mahathir masih tidak tercalar imejnya untuk “membungkuskan” Najib dalam pilihanraya umum akan datang?

Atau, tidak mustahilkah kerana malu alah berikutan apa yang diharapkan semakin melencong daripada sasaran, akhirnya Nor Mohamed Yakcop saja yang akan dipersalahkan?

Sekali lagi, berbaloikah RCI forex ditubuhkan kalau sekadar Nor Mohamed Yakcop yang dapat dipersalahkan?

Bukankah beliau sekarang adalah Timbalan Pengerusi Khazanah, cabang pelaburan utama kerajaan yang mana Pengerusinya adalah Najib sendiri?

Kah kah kah….

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews.

KLIK BACA: Tiada wang Forex dicuri, Mahathir pertahan Anwar yang bertikam lidah dengan Sidek.

KLIK BACA: Dr Mahathir bersih dari skandal Forex BNM dengan kenyataan Nor Yakcop

KLIK BACAKita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: “Jelas berbeza ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri antara Nik Aziz dan Hadi Awang” – Kadir Jasin

DIKEMASKINI: Najib, Rosmah mohon ketepi saman – Santamil dakwa dipaksa baca kenyataan media

KLIK BACATrump jumpa Najib, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir

KLIK BACA: Saksi bimbang keselamatan jika bantu siasatan jenayah 1MDB – FBI

KLIK BACA: Datuk Siti calon PRU BERSATU berdepan Najib di Pekan?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share