Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi merasmikan pelaksanaan fasa satu Projek River of Life (ROL) dan Kolam Biru di Masjid Jamek di Kuala Lumpur yang bakal mengubah kualiti air sungai utama di Lembah Klang, daripada tahap tidak selamat kepada tahap selamat untuk kegunaan rekreasi.

Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa anggota kabinet.

ROL yang dilancarkan pada 2011 adalah Projek Permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dan bakal mengangkat martabat Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Ia bertujuan menghidupkan semula Sungai Klang dan Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan ‘waterfront’ berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Fasa satu pengindahan Sungai Presint 7 projek ROL membabitkan kawasan bersejarah seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Pasar Seni yang melibatkan pertembungan dua anak sungai.

Sebagai daya tarikan baharu, satu jambatan pejalan kaki telah dibina untuk menghubungkan Masjid Jamek dan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka sekali gus memendekkan tempoh perjalanan sebanyak 50 peratus.

ROL telah selesai melalui kerja-kerja pembersihan sepanjang 110 kilometer yang meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong.

ROL menggunakan kaedah pembersihan sungai dikenali ‘Interceptor system P7’ yang akan membantu meningkatkan kualiti air dengan cara menyekat dan merawat air longkang yang kotor.

Paip-paip Interceptor akan melencongkan air sisa dan kotoran dari rumah, premis komersial dan bangunan ke loji rawatan untuk dirawat sebelum menyalurkan Kelas IIB (selamat untuk kegunaan rekreasi dan tubuh) ke sungai.

Loji ini berupaya menyediakan persekitaran kondusif secara semula jadi bagi pembiakan mikroorganisma aerobik yang berupaya menyahkan permintaan oksigen biokimia (BOD) ‘ammoniacal nitrogen’ dan pepejal terampai.

Kolam Biru, ikon baharu Kuala Lumpur pula adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri yang mahu mengoptimumkan potensi kawasan ROL sebagai penggerak ekonomi negara dan menarik lebih ramai pelancong ke kawasan berkenaan.

Pembinaan kolam biru menyediakan pemandangan sungai dengan limpahan cahaya berwarna-warni berserta pancutan air diiringi irama muzik.

Najib berkata idea mewujudkan ROL tercetus sewaktu lawatannya ke Stockholm, Sweden selepas beliau melihat kebersihan persekitaran dan projek pengindahan sungai di negara tersebut.

“Bayangkan, ikan trout pun boleh hidup dalam sungai di situ. Kita pun boleh buat, ia tidak mustahil jika kita mampu membersihkan dan mengindahkan lapan sungai sepanjang 110 km yang dijangka siap pada 2020. – Bernama

KLIK BACA: Surat terbuka kepada Datin Seri Milenia Trump – Satira

KLIK BACA: Apakah Najib kita melutut kepada Amerika?

KLIK BACA: Najib kian panik takut pertukaran PM, Kerajaan

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Kebetulan Najib jumpa Trump menjelang PRU14, ini kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Subsidi minyak ditarik Najib Perdana Menteri ada kuasa pula?

Click Read: DoJ 1MDB – We will not allow US to be a place where corrupt individuals can hide assets and lavishly spend money

CLICK READ: To stay in power, Najib is wooing PAS, mixing religion with politics

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE