Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan Amerika Syarikat (AS) boleh campur tangan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14). – Foto KiniTV

PUTRAJAYA 24 Ogos, 2017 – Bekas perdana menteri, Tun Mahathir berkata demikian susulan laporan mengenai pertemuan Datuk Seri Najib Razak dengan Donald Trump yang dijadualkan berlangsung di White House pada 12 September ini, ketika Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berusaha merampas harta dan aset mewah yang didakwa dibeli menggunakan dana dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, 1MDB yang ditubuhkan Najib.

Jika Trump mahu terbabit dalam pilihan raya kita, beliau boleh berbuat demikian dengan memberi kelulusan kepada individu yang DoJ sifatkan sebagai pencuri dan kleptokrat,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu kepada wartawan di kompleks mahkamah Istana Kehakiman, hari ini.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Najib mahu menjalin persahabatan dengan Trump, ketika pihak berkuasa AS giat menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pentadbiran Malaysia.

Reuters melaporkan WSJ memetik sumber yang rapat dengan Najib sebagai berkata, lawatannya ke White House adalah sebahagian daripada usaha supaya penyiasatan lebih lanjut tidak dilakukan pihak berkuasa AS.

Kenyataan White House berkata, Trump berharap dapat “berbincang kaedah memperkukuhkan dan memperluaskan hubungan dua hala kami dan meluaskan kerjasama serantau bersama salah satu rakan kongsi AS yang paling rapat di Asia Tenggara”.

DoJ sebelum ini memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.

Hubungan AS-Malaysia merosot sedikit tahun lalu selepas DoJ memfailkan saman mengenai skandal 1MDB, menyebabkan Najib memperkukuhkan hubungan dengan China.

AS menganggap hubungan dengan Malaysia penting dalam usaha mengekang kemaraan China di Asia Timur. – Source FMT

KLIK BACA: Subsidi minyak ditarik Najib Perdana Menteri ada kuasa pula?

KLIK BACA: MEMALI – Pas, Umno termalu sendiri

KLIK BACA: RCI 1MDB tak perlu apa salah sayang isteri, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Mulakan siasatan RCI Memali biar saya siar Amanat Haji Hadi – Tun Mahathir

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir pejuang seperti Tunku, lama diam Najib naik tocang – Subky Latif

KLIK BACA: Jika kucing Najib mati pun mungkin RCI ditubuh kait dengan Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share