Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir kerajaan ketika berdepan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kerugian Bank Negara dan kemungkinan RCI Memali. – Foto The Malaysian Insight

Putrajaya 23 Ogos, 2017 – Tun Mahathir ‘meminta’ kerajaan tidak menubuhkan RCI bagi menyiasat isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak begitu juga dengan isu hutang kerajaan, urus niaga merugikan stesen jana kuasa, penajaan filem The Wolf of Wall Street dan pembelian harta tanah luar negara yang didakwa menggunakan wang 1MDB.

“Ini semua bukan jenayah,” tulis Tun Mahathir di blog beliau hari ini.

oleh Dr Mahathir Mohamad

1. Sekarang ini musim RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan bermacamlah siasatan yang telah disyorkan.

2. Saya mengalukan RCI untuk peristiwa Memali. Saya punyai banyak bukti, laporan dan cerita berkenaannya. Ini termasuk individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

3. RCI boleh buat keputusan sebelum RCI bersidang dan Kerajaan boleh mendapat untung kerananya. Ini tentulah menjadi Terms of Reference (TOR) dizaman ini.

4. Kerajaan jangan adakan RCI berkenaan 1MDB, duit sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun Dato Seri Najib, duit KWAP yang lesap, hutang berbillion Ringgit yang tidak dapat dibayar, pembelian stesen jana elektrik dengan harga yang lebih mahal dari nilai pasaran dan dijual dengan harga murah sehingga rugi berpuluh juta, pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street, ….

….pembelian harta di United Kingdom (U.K) dan Amerika dengan duit 1MDB mengikut Department of Justice (DOJ). Ini semua bukan jenayah. Pembelian berlian merah jambu untuk isteri dengan harga 120 million Ringgit hanyalah kerana sayang isteri. Salahkah sayang isteri. Demikianlah sayangnya isteri sehingga sanggup curi untuk menunjuk kesayangan yang tidak terhingga ini.

5. Ya. RCI tidak perlu untuk semua ini. Bukanlah A.G telah sahkan ia semua halal.

6. Tetapi banyak lagi perkara yang telah diselesai 30 tahun dahulu perlu disiasat oleh RCI. Pembinaan Menara Berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, Lebuhraya PLUS, KLIA, Westport, dan lain-lain. Semua ini perlu disiasat dengan diketuai oleh tokoh keadilan terkenal berslogan “Just do it”. Buat sahaja apa yang disuruh. Jangan soal.

7. Untuk memulakan siasatan RCI Memali saya siar di sini “ Amanat Haji Hadi”. Dianya ada kaitan rapat dengan peristiwa Memali. Amanat ini menggalakkan perjuangan lawan Kerajaan sebagai jihad dan kematian pejuang adalah syahid.

8. Dengan itu, pada 19hb November 1985, jam 11 pagi, pasukan polis diserang hendap (oleh orang dekat rumah Ibrahim Libya) dan seorang Inspektor dan seorang Sarjan polis dibunuh, seorang lagi Konstabel cedera parah. (Dari ucapan Pemangku Perdana Menteri di Parlimen pada 20 November 1985).

9. Yang jelas ialah polis yang terbunuh dahulu, kerana pengikut Ibrahim berjihad kononnya.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri keempat Malaysia. Tulisan ini kali pertama dimuat-naik di blog http://chedet.cc dengan tajuk ‘RCI’. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili MalaysiaStyloNews.

DIKEMASKINI: Peguam mahu soal Jho Low kes saman berlian pink, Rosmah mahu batal saman

KLIK BACA: Mahathir pejuang seperti Tunku, lama diam Najib naik tocang – Subky Latif

KLIK BACA: Jika kucing Najib mati pun mungkin RCI ditubuh kait dengan Mahathir

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACAHadi sedang mengkafir diri sendiri, pengkhianat orang Islam, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Apa guna jadi botol air 22 tahun tapi dibuang orang, kata Zahid

KLIK BACAPeniaga berharap Tun Mahathir selesai masalah negara, kos hidup, cukai tinggi

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share