Sempena bulan kemerdekaan ke 60 ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) menganjurkan Pertandingan Foto Menarik Rakyat Malaysia bersama Jalur Gemilang dengan tema #MalaysiaBersatu.

Syarat-syarat Penyertaan :

1. Pertandingan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kecuali pihak Urusetia Pertandingan;

2. Penyertaan adalah PERCUMA;

3. Gambar hendaklah dipost dalam mana mana media sosial berikut (Facebook, Twitter dan Instagram) sahaja dan hendaklah disertakan dengan hashtag #MalaysiaBersatu dan diletakkan dalam mode ‘public’;

4. Gambar tersebut hendaklah hak milik sendiri dan tidak pernah disiarkan dimana-mana media lain.

5. Konsep hendaklah melambangkan semangat patriotik dan bersatu padu sesuai dengan hashtag #MalaysiaBersatu dan menyemarakkan Jalur Gemilang;

6. Gambar / video yang TIDAK menepati TEMA:#MalaysiaBersatu, TIDAK menyemarakkan JALUR GEMILANG serta tidak menyatakan HASHTAG yang telah ditentukan akan TERBATAL secara sendiri walaupun gambar/anda sememangnya kreatif;

7. Gambar berunsur negatif TIDAK layak untuk dipertandingkan;

8. Peserta tidak dibenarkan mengubah suai gambar/video asli menggunakan sebarang aplikasi kecuali instagram. (Photoshop, ACDSee, Final Cut dan yang lain-lain).

9. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap hasil kerja sahaja dibenarkan.

10. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanupulasi adalah tidak dibenarkan;

11. Peserta bebas meletakkan sebarang saiz dan kualiti gambar;

12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN adalah pada 31 Ogos 2017 pada jam 11.59 malam

13. Peserta boleh menghantar seberapa banyak Gambar tetapi peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja;

14. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada 7 September 2017 melalui media sosial dan laman web Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Antara komen menarik pembaca di laman Facebook PPBM mengenai pertandingan fotografi di atas:

KLIK BACARekod menunjukkan Najib diktator kleptokrat, kata Mahathir

KLIK BACA: Isa Samad kambing hitam, kata Rafizi 

KLIK BACA: Isa Samad – Nasi sudah jadi bubur….

DIKEMASKINI: Tangkapan 15 ahli AMK: Bukti Najib tidak hormati demokrasi, kata pimpinan PKR

KLIK BACA: Nothing to Hide 4 – Sediakah Hadi Awang sepentas dengan Mahathir jawab soalan MEMALI?

KLIK BACA: Khairuddin saman Rosmah tuntut pulangkan berlian kepada 1MDB

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Siasatan jenayah FBI dan DOJ di Amerika bermula seiring doa dan harapan jutaan rakyat Malaysia

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE