Khairuddin saman Rosmah dan mohon perintah mahkamah ke atas Jho Low. – Foto Al-Jazeera

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap isteri perdana menteri Rosmah Mansor supaya mengembalikan berlian merah jambu bernilai AS$23 juta dan rantai AS$4.3 juta kepada 1MDB.

Bekas ketua bahagian Umno itu  juga memohon perintah supaya hartawan Pulau Pinang Jho Low untuk membayar wang yang didakwa digelapkan, dicuri atau disalah guna dari 1MDB.

Rosmah dan Low juga dituntut membayar pampasan munasabah daripada segi ekuiti terhadap 1MDB, kos tuntutan dan relif lanjut dan lain-lain relif yang ditentukan mahkamah.

Khairuddin memfailkan saman itu sebagai seorang pembayar cukai dan demi kepentingan awam.

Dakwaan kewujudan rantai dan berlian itu disebut dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat meski dinafikan beberapa pihak di Malaysia namun artis ternama Australia, Miranda Kerr telah bertindak memulangkan barangan kemas hadiah yang diberi oleh bekas teman lelakinya Jho Low.

Dalam saman itu menurut Malaysiakini, Khairuddin berkata Rosmah sebagai defendan pertama tidak membayar apa-apa untuk barangan kemas itu dan justeru itu tidak tidak mempunyai hak milik daripada segi undang-undang dan ekuiti.

Beliau juga berkata walaupun barang itu bukan milik Rosmah, tiada pihak yang akan mendapatkannya kembali memandangkan suaminya (Najib) “mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan apa-apa tindakan dilakukan”.

KLIK BACA: Terima balasan jika kamu bunuh polis, Mahathir jawab insiden Memali

KLIK BACA: “Apakah isteri PM boleh bertindak  memerintah Bank Negara untuk kes peribadi” – Tan Sri Zainuddin

KLIK BACA: Isa Samad ditahan SPRM

KLIK BACA: Azmin fail saman tuntut mahkamah perintah paksa Khalid tangkap Jho Low

KLIK BACA: Pemuda Umno takut jemput Mahathir ke Nothing to Hide 0.3

KLIK BACA: Penyokong ikut perangai buruk pemimpin, budaya kurang ajar – Rafidah Aziz

KLIK VIDEO: Najib ucapan berapi seru penyokong serang, tapi ….

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share