Datuk Seri Jamal Yunos mengumumkan, Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) akan mengadakan satu program, Nothing To Hide 3.

Tarikh Nothing To Hide 3, anjuran Datuk Seri Jamal Yunos, Pengerusi NGO Gerakan Merah Malaysia itu akan dilakukan pada bulan September tetapi tarikh dan tempat program itu akan diumumkan semula oleh beliau.

Jamal berkata, hanya tiga pemimpin utama pembangkang iaitu Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan menerima jemputan darinya.

“Kami ingin mengumumkan bahawa Gabungan NGO Malaysia akan mengadakan satu dialog Nothing To Hide 3 pada bulan September tahun ini,” kata Datuk Seri Jamal Yunos.

“Kami penganjur utama Nothing To Hide 3 ini akan menjemput Guan Eng, Kit Siang dan Azmin Ali sahaja.

“Kami tidak akan menjemput Tun Mahathir kerana kami bimbang jika ada beliau, akan berlaku kekecohan seperti semalam. Jadi kami akan menjemput orang yang sopan sedikit dari Tun Mahathir” katanya lagi dalam sidang media di Ampang, hari ini lapor Malaysia Gazette.

Jemputan Guan Eng dan Kit Siang adalah untuk mendapatkan penjelasan mereka mengenai asal-usul pemimpin DAP tersebut selepas timbul tanda tanya dari rakyat tentang status dan asal usul kelahiran mereka berdua.

“Adakah Kit Siang datang dari China naik tongkang ke Malaysia. Sama juga seperti anaknya Guan Eng, kami juga mahu tanya soalan yang sama,” katanya.

Jamal menjemput Azmin juga adalah untuk mendesak Menteri Besar Selangor  itu berterus-terang mengenai janji dan manifesto yang dibuat seperti pendidikan percuma pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu sudah ditunaikan atau belum.

“Kami juga menjemput kumpulan serta pengundi Parti ‘Bunga Api’ iaitu Armada untuk menjawab soalan berkaitan ketua utama mereka,” kata Armand.

Armand yang menggelar Armada sebagai ‘Parti Bunga Api’ kerana insiden kekecohan yang berlaku di Nothing To Hide 2 semalam, di Shah Alam, apabila dua remaja membaling  suar ke arah Tun Mahathir dengan memakai baju Armada.

Nota Ana Ghoib: Seperti biasa isu perkauman dan anarki dimainkan dengan gaya berpakian hood ala samseng klu klax klan tetapi terlupa tanya ketua pemuda Jolok asal dari mana dan sembunyi di mana sekarang – sedang cita-cita pendidikan percuma malah biasiswa penuh kini musnah kerana hutang 1MDB tuan besar di atas yang memperalat macai di bawah!

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

KLIK BACA: ‘Kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh’

KLIK BACA: Najib tak hadir jelas ‘he has a lot to hide’, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Azmin salahkan Najib kekecohan Nothing to Hide libatkan Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACADr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share