Puchong, 14 Ogos — Seorang penumpang GrabCar gadis berusia 17 tahun ditumbuk pemandu sehingga tulang hidungnya patah.

Gadis itu dilaporkan mahu membatalkan tempahan GrabCar itu kerana pemandu tidak mahu menggunakan laluan yang tiada tol dan mahu menunjukkan jalan ke pusat beli-belah Times Square.

Kosmo! melaporkan kakak mangsa dikenali sebagai Felicia, 28 berkata pertengkaran berlaku dengan kata-kata kasar sebelum adiknya memutuskan untuk membatal tempahan.

“Namun selepas itu, berlaku kejadian yang tidak diingini apabila adik saya ditumbuk lelaki berkenaan pada bahagian hidung selepas didakwa menutup pintu dengan kuat ketika turun dari kereta terbabit,” katanya.

Lelaki itu meninggalkan kawasan Pangsapuri Sri Anggerik, Bandar Puchong di sini, sekitar jam 5 petang kelmarin.

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan tulang hidung mangsa patah.

Timbalan ketua polis daerah Serdang berkata suspek berusia 30 tahun ditahan sekitar jam 2 pagi semalam selepas laporan dibuat.

Supt Rosdi Daud berkata pemandu GrabCar itu direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

KLIK BACA: Pemuda Umno takut jemput Mahathir ke Nothing to Hide 0.3

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

KLIK BACA: ‘Kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh’

KLIK BACA: Najib tak hadir jelas ‘he has a lot to hide’, kata Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share