Nothing to Hide 2.0 bertujuan menemukan Presiden Bersatu, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir dan Presiden Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

oleh Dalia Ismail

Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam berjalan tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mahupun ahli Umno.

Sebanyak 40 kerusi yang disusun dengan tag “Delegasi Najib” sebaliknya diduduki kalangan penyokong Pakatan Harapan tanpa menghiraukan tag yag diletakkan khusus untuk wakil Najib dan ahli Umno.

Dalam ucapan pembukaan, Tun Mahathir berpandangan ketidakhadiran Najib itu menunjukkan banyak yang disembunyikan oleh presiden Umno itu.

“Dalam Nothing to Hide 2.0 ini nampak jelas ketidakhadiran Najib jelas ‘he has a lot to hide’.

“Rakyat jangan bagi peluang dan jangan takut. Saya berpendapat Najib akan cuba rasuah bagi duit untuk undi dan akan membuat janji palsu bagi partinya sepertimana dia buat dahulu,” ujarnya.

Beliau menegaskan program ini diadakan untuk mendapatkan kepastian berkaitan dengan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan mengaitkan nama Najib sebagai kleptokrasi global.

“Saya kata ini (pentas) supaya dia boleh jawab jika tak berani datang sini, tempat lain pun boleh jawab.

“Saya jawab di sini DoJ yang kata negara kita negara penyangak MO1 dituduh curi duit tetapi mereka pula sokong.

“PM datanglah sini….jika betul kita puji tang mana tak patut, kita tegurlah,” ujarnya.

Bahkan Mahathir turut menegaskan semula bahawa ahli Umno perlu mengadakan undi tidak percaya kepada presiden Umno itu dan turut mengulangi gesananya agar Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah berkaitan 1MDB. – Source Malaysia Dateline

KLIK BACA: Pemuda Umno takut jemput Mahathir ke Nothing to Hide 0.3

KLIK VIDEO: Najib ucapan berapi seru penyokong serang, tapi ….

KLIK BACA: 19 isu tunjukkan kita dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

KLIK BACA: ‘Kalau nak kata Perdana Menteri haram jadah pun boleh’

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACADr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share