Shah Alam 13 Ogos, 2017 – Forum Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Shah Alam hari ini bertukar ganas apabila berlaku pergaduhan di dalam dewan tempat berlangsung acara itu.

Malaysiakini melaporkan kekecohan bermula ketika seorang peserta bertanya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai peristiwa Memali, apabila tiba-tiba kemudian kasut dibaling ke arahnya bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi bekas perdana menteri itu.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ada penyokong bertindak balas dengan membaling kerusi di dalam Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi lokasi acara itu juga dibakar dengan suar oleh individu tidak dikenali di dalamnya.

Keadaan itu menyebabkan pergelutan antara penyokong BERSATU dan pihak yang melakukan provokasi sehingga dilihat bergasak di dalam sehingga keluar dewan.

Advertisements

Penyokong BERSATU kemudian menahan sekurang-kurangnya dua individu memakai baju BERSATU, yang disyaki sebagai pengacau.

Suspek berkenaan, yang turut kelihatan cedera akibat dipukul, kemudian diserahkan kepada pihak polis.

Hanya Dr Mahathir yang berucap di forum ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak muncul walaupun diundang.

Hari ini, antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Datuk Zaid Ibrahim, Khalid Abdul Samad, Zuraida Kamaruddin, Ng Suee Lim dan Dr Daroyah Alwi.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bom asap dan beberapa benda lain dibaling ke arah Dr Mahathir oleh pihak tertentu untuk mencederakan beliau dan sabotaj forum.

“Perkara ini sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencederakan Tun Mahathir. Semua peralatan, kerusi, botol air, kasut, suar sengaja dibaling ke arah Tun Mahathir,” kata beliau lapor FMT.

KLIK BACA: Marina soal Najib berkaitan kes Tun Mahathir diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Tun Mahathir langsung tak berkecil hati diserang di Nothing to Hide 2.0

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK TERKINI: Najib cuma ada dua pilihan arah tahan Jho Low atau bercuti – Rafizi

KLIK BACADr Jomo: Pembayar cukai bakal tanggung kos projek ECRL dipinjam dari Exim Bank China 

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share