Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya ada dua pilihan, sama ada menahan Jho Low dan melakukan siasatan dalam negara, atau bercuti serta-merta sehingga kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

Ini menurut Rafizi Ramli susulan perkembangan terbaru Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengemukakan permohonan penangguhan saman sivilnya dan melakukan siasatan jenayah, ia boleh mengancam kedudukan Najib mahupun negara.

“Ini bermakna DOJ ada asas kukuh tahan Jho Low untuk disiasat dan beri kesan kepada masa depan politik Najib, termasuk Malaysia kerana Jho Low tahu banyak rahsia berkaitan,” katanya selepas siri jelajah Invoke ‘Bina Semula Negara’, semalam di Alor Setar, lapor Sinar Harian Online.

Justeru katanya, adalah lebih baik Najib sendiri yang arahkan Jho Low ditahan dan dibawa balik ke Malaysia untuk pastikan AS tidak dapat berbuat demikian.

“Beliau orang yang rapat dengan Najib jika disoal siasat di AS, banyak bukti akan terlondeh dan dedahkan kerahsiaan negara, selain memalukan kita.

Advertisements

“Pilihan lain ialah Najib berkorban dan ambil cuti serta-merta daripada jawatan Perdana Menteri, kerana kita tak boleh kompromi Perdana Menteri ada hubungan rapat dengan individu dikaitkan skandal 1MDB,” katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata, perkara itu juga harus diambil tindakan segera oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Khalid tak boleh lagi bagi alasan, apabila AS buru Jho Low, ada kemungkinan beliau akan ditangkap. Khalid patut ketepikan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri dan bersikap amanah dan telus,” katanya dalam laporan yang sama.

Menurutnya, Najib tidak boleh ambil mudah dengan perkembangan terbaru itu kerana jika siasatan dilakukan di luar negara dan mengikut perundangan luar, risikonya lebih besar.

“Eloklah Najib bercuti sementara perkara itu diselesaikan secara baik kerana selagi bergelar Perdana Menteri, ia berisiko kepada negara dan ancam kedudukan Malaysia dari perspektif kepentingan negara, malah hasil siasatan itu kelak akan menyebabkan integriti Najib dan negara lemah, selain jejaskan hubungan dua hala.” katanya.

KLIK BACA: Saya dapat pahala di akhirat walau tak dapat undi, kata Najib

KLIK BACAFBI says 1MDB stolen funds witnesses scared to talk – BLOOMBERG

KLIK BACATrump jumpa Najib, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir

KLIK BACA: Datuk Siti calon PRU BERSATU berdepan Najib di Pekan?

KLIK BACA: Teori RAHMAN, Amanat Hadi lawan Amanat Mahathir PRU14

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share