Lim Kit Siang menyoal samaada bayaran tambahan AS$50 juta yang dibuat 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) itu adalah bayaran bunga. – Foto The Malaysian Times

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang di dalam kenyataan medianya hari ini berkata; “Rakyat Malaysia berhak untuk tahu sama ada bayaran AS$50 juta itu merupakan ‘bayaran bunga akibat ingkar bayar hutang’ yang perlu dibawar 1MDB sebagai denda kerana gagal membayar hutang mengikut waktu pada tarikh terakhir 31 Julai lalu.”

“Adakah penangguhan selama lima hari itu untuk bayaran pertama AS$603 juta yang menjadi sebahagian daripada bayaran penyelesaian mahkamah London terhadap kes 1MDB-IPIC,”.

1MDB dalam kenyataannya hari ini berkata syarikat itu telah, “setakat ini membayar wang sebanyak US$360 juta kepada IPIC.”

Syarikat dana pelaburan negara itu sepatutnya membayar IPIC sebanyak US$310 juta esok.

Advertisements

1MDB berhutang IPIC sebanyak US$603 juta ditambah bunga sebagai sebahagian daripada prosiding timbang tara di antara kedua-dua syarikat tersebut dengan Menteri Kewangan DiPerbadankan (MOF Inc).

Kit Siang turut mempersoalkan kenapa 1MDB berakhir dengan ‘menyerah diri’ kepada proses timbang tara IPIC, sedangkan pihak kerajaan sebelumnya menjamin akan menang dalam penyelesaian hutang tersebut.

Kata beliau lagi hal ini menunjukkan perdana menteri Najib Razak gagal dalam menyelesaikan masalah 1MDB seperti yang didakwa beliau sebelumnya.

“Sepanjang 20 bulan lalu, skandal 1MDB bukannya memudar daripada jangkauan orang ramai tetapi telah melonjak pantas, momentum dan tenaga yang semakin bertambah sebagai skandal kleptokrasi yang paling besar di dunia.

“Rakyat Malaysia tidak boleh berbangga di persada antarabangsa sehinggalah kita dapat menyelesaikan skandal 1MDB dan mengubah pandangan negara Malaysia sebagai kleptokrasi global.”

Susulan berita hari ini seperti dilapor BLOOMBERG bahawa Jabatan Keadilan Negara Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan perintah untuk menangguhkan saman sivil terhadap 1MDB bagi membantu siasatan jenayah kerajaan AS terutama terhadap Jho Low, Kit Siang mahu tahu apakah pendirian peguam negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dalam hal ini.

Jun lalu, Apandi berkata tiada bukti 1MDB melesapkan dananya dan tiada pendakwaan jenayah yang akan dibuat.

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK VIDEO: LHDN patut juga serbu PM dan keluarganya, kata Tun Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Mungkin ini punca 1MDB tak boleh bayar IPIC RM2.6 bilion, penjelasan oleh Tony Pua

KLIK BACA: Tony Pua – Menteri jangan mengarut konon kerajaan tak bayar hutang 1MDB guna dana awam

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK TERKINI: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share