Kuala Lumpur, 10 Ogos – Notis Mahkamah di alamat penyerahan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Wangsa Maju, Unit Undang-Undang menyebut kes bankrap terhadap Shaheizy Sam yang telah mencetuskan tanda tanya sejak semalam.

Namun,  yang lebih mengejutkan adalah pelakon Polis Evo, Shaheizy Sam itu sendiri tidak tahu tentang notis tersebut.

“Saya tidak tahu tentang perkara ini. Tiada siapa daripada LHDN yang datang dan tiada notis daripada mereka atau agen percukaian saya,” katanya berhubung notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadapnya 26 Mei lalu.

Sam berkata dia akan mendapatkan penjelasan dari agen cukainya untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku tentang notis itu kerana dia tidak pernah menerima sebarang notis daripada pihak LHDN.

Advertisements

“Malah agen cukai saya naik turun LHDN beberapa bulan kebelakangan ini,” jelas Sam lapor Astro Awani.

“Orang daripada LHDN telah datang ke rumah saya dua minggu lepas dan memberi saya notis anggaran bayaran tahunan dan masih tidak menyebut tentang hal ini,” katanya lagi.

Bagaimanapu, Shaheizy Sam sedang menghubungi pihak LHDN untuk mendapatkan penjelasan tentang hal ini.

Perintah Mahkamah tersebut disampaikan secara penyampaian ganti dengan salinan Notis Kebankrapan beserta dengan salinan Perintah Mahkamah tersebut di Papan Notis Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor di alamat terakhir penghutang penghakiman iaitu M-11 Mahogany Villas, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Sebuah iklan di sebuah akhbar berbahasa Malaysia jelas menterterakan nama penuh Sam iaitu Shaheizy Sam Bin Abd Samad beserta tempoh tindakan yang perlu dipatuhi olehnya.

Notis itu turut menyebut hebahan itu boleh diperiksa oleh Sam dengan permohonan yang dibuat kepada pihak Mahkamah Tinggi.

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Seakan halalkan 1MDB pindah hutang kepada rakyat, saran PAS bawa Arul berdepan Parlimen – Rafizi

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK BACA: Surat terbuka minta Najib dengar dulu rakaman perbualan Zahid dan Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya satu-satunya MB minta kerajaan kurangkan GST 3% tapi dipecat – Mukhriz

KLIK BACATiada siapa sangka Najib jadi macam ‘Jekyl and Hyde’, kata Mukhriz

KLIK BACA: Zahid minta maaflah ungkit keturunan Tun Mahathir

KLIK BACA: Mungkin ini punca 1MDB tak boleh bayar IPIC RM2.6 bilion, penjelasan oleh Tony Pua

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share