Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai asal usul India adalah salah dan bersifat perkauman serta seksis, kata anak perempuan bekas perdana menteri, Marina.

“Ia sepatutnya Mahathir bin Mohamad,” katanya kepada portal Free Malaysia Today.

“Nama datuk saya ialah Mohamad bin Iskandar.”

Marina berkata demikian susulan dakwaan timbalan perdana menteri semalam yang kad pengenalan asal Dr Mahathir menunjukkan namanya ialah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, dokumen yang diberikan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepadanya menunjukkan “orang itu yang memperjuangkan agenda Melayu” sebenarnya “menggunakan orang Melayu”.

Advertisements

Marina mengecam kenyataan itu dengan berkata, datuknya Mohamad Iskandar ialah pengetua Melayu pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

“Selain rasis, Zahid juga bersifat seksis kerana tidak mengambil kira wanita dalam keturunan, walaupun mereka yang melahirkan anak.

“Ibu kepada ayah saya, Wan Tempahwan berasal daripada keluarga yang kebanyakannya ialah orang istana kerabat diraja Kedah.

“Nenek sebelah ayah saya juga ialah orang Melayu, tetapi disebabkan orang tidak menyimpan rekod (ketika itu), saya tidak tahu nama beliau dan saya tak fikir ayah saya tahu,” katanya.

Dr Mahathir, 92, dilahirkan lebih 3 dekad sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Dalam autobiografinya pada 2011 bertajuk “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, beliau mengakui mempunyai keturunan India Selatan, tetapi “Saya orang Melayu dan bangga dengannya.”

“Saya orang Melayu bukan hanya di atas kertas, saya juga orang Melayu dari segi sentimen dan semangat.”

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Malabar Malaysia, Mustafa Abdul Rahman memberitahu FMT yang beliau tahu nama datuk Dr Mahathir ialah “Iskandar”.

Katanya, ramai rakyat Malaysia ialah produk perkahwinan campur, termasuk Dr Mahathir.

“Ada di kalangan mereka kerana perkahwinan campur, menjadi lebih Melayu daripada orang lain.” katanya.

KLIK VIDEO: Tun Mahathir dedah Zahid pernah jumpa minta sokongan ganti Najib

KLIK VIDEO: Rahsia Zahid serang Tun Mahathir dijelaskan Zahid Mat Arip

KLIK BACANajib hujah ‘ke laut’ sepupunya Hishammuddin ikut keliru

KLIK BACA: Zahid TPM paling lekeh merapu – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Bekas Peguam Negara bangkitkan kes Eric Chia untuk Apandi faham isu 1MDB

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share