Shah Alam, 28 Julai: Siti Aisyah, dari Indonesia yang didakwa membunuh abang sebapa Presiden Korea Utara, Kim Jong Nam, pada Februari lalu, menangis selepas sebutan kesnya hari ini.

Pemangku Duta Indonesia, Andreano Erwin yang bersama Siti Aisyah berkata, wanita itu tertekan selepas mendapati dia akan ditahan sementara menunggu perbicaraan kes itu yang mengambil masa beberapa bulan.

“Dia akan ditahan lebih 3 bulan dan sekarang terpaksa melalui proses perbicaraan panjang dalam beberapa bulan akan datang.

“Saya fikir dia tidak tahu apa yang mungkin berlaku semasa perbicaraan,” katanya di Mahkamah Tinggi lapor Free Malaysia Today.

Siti Aisyah dan Doan Thi Huong, dari Vietnam dituduh membunuh Jong Nam pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Jong Nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau, apabila 2 wanita mendekatinya lalu menyapu cecair beracun yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX, di mukanya lalu meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azmi Ariffin menetapkan 23 hari untuk perbicaraan pada Oktober dan November ini, dengan 30 hingga 40 saksi akan dipanggil.

“Setakat ini, dia tidak membuat sebarang permintaan khas kepada kami, kecuali kali terakhir dia menghantar surat kepada keluarganya” kata Andreano,  sementara kedutaan itu membantu Siti Aisyah untuk berkomunikasi dengan ibu bapa yang tinggal di Indonesia.

Kedutaan Indonesia mengatur panggilan telefon dengan keluarganya dari Penjara Kajang, di mana Siti Aisyah ditahan, sebelum ini dia hanya menghantar surat kepada keluarganya.

“Berdoalah untuk saya, kes ini akan berakhir dan saya boleh pulang ke rumah,” kata Siti Aisyah dalam surat terakhirnya.

KLIK BACA: Tun Mahathir saja mampu kalahkan UMNO – Salahuddin Ayub TP AMANAH

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA TULISAN PENUH: Tun Mahathir: Ya, saya tahu maklumat sulit 1MDB

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

KLIK BACA: Yang mana benar tuduhan Rosmah 99% atau 1% – Shahbudin Husin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE