Advertisements

oleh Shahbudin Husin

Benarkah 99 peratus tuduhan-tuduhan mengenai Rosmah Mansor selama ini adalah tidak benar?

Jika 99 peratus tuduhan itu tidak benar, sudah tentu bermakna hanya 1 peratus saja yang benar.

Kalau 99 peratus tidak benar, kenapa hanya satu perkara iaitu pejabat Rosmah di Seri Perdana saja yang ditampilkan sebagai contoh tuduhan tidak benar tersebut?

Soalnya, adakah tuduhan mengenai pejabat itu begitu berleluasa diperkatakan atau hanya pernah sekali sekala saja diperkatakan suatu ketika dahulu?

Bagaimana tentang banyak tuduhan serta dakwaan yang lain yang lebih kerap diperkatakan?

Advertisements

Apakah dakwaan mengenai hobi membeli-belah tidak benar?

Apakah dakwaan mengenai koleksi beg tangan tidak benar?

Apakah dakwaan mengenai barang kemas, cincin, gelang, dan rantai leher tidak benar?

Apakah dakwaan mengenai penggunaan jet tidak benar?

Apakah dakwaan mengenai kemewahan, pembaziran dan pembelian barangan mahal tidak benar?

Apakah berita dan gambar tentang aktiviti membeli-belah yang pernah tersiar di pelbagai media, portal antarabangsa dan portal dalam negara semuanya tidak benar?

Oleh kerana Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah Najib, adakah dakwaan DOJ bahawa isteri MO1 ada menerima pelbagai hadiah barang kemas bernilai RM128 juta daripada Jho Low juga tidak benar?

Apakah pelbagai kemewahan majlis perkahwinan anak perempuan Rosmah sebagaimana yang kerap diceritakan oleh Tun Mahathir dalam ceramahnya sebelum ini tidak benar?

Ohhh….apa lagi?

Jika mahu dikutip satu persatu dakwaan mengenai Rosmah sejak 2009 lagi yang pernah didedahkan di pebagai media, senarainya mungkin terlalu panjang dan apakah 99 peratus daripadanya benar-benar tidak benar?

Apakah tuduhan 99 peratus tidak benar dan apakah pula 1 peratus yang benar itu?

Kiranya begitu banyak dakwaan tidak benar, mengapa tidak ada satu pun tindakan saman diambil?

Malah, kenapa cabaran Tun Mahathir agar beliau disaman pun sehingga sekarang tidak disahut?

Atau, mungkinkah 99 peratus tuduhan adalah benar dan hanya 1 peratus tidak benar?

Manalah tahu kan..kan…kan!! – ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili MalaysiaStyloNews sebagai laman penyebar berita.

KLIK BACA: “Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara”

KLIK BACA: Korek sejarah Tun Mahathir, kata Khairy

KLIK BACANajib digesa beranikan diri debat dengan Tun Mahathir oleh Wan Azizah 

KLIK VIDEO: Pemuda Umno halang Pemuda BERSATU serah jemputan kepada Najib

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Isteri PM dikenali pemegang kuasa sebenar, lapor South China Morning Post

CLICK READ: Blood Diamond are not Forever – Nurul Izzah Anwar

KLIK BACA: Jabatan Kehakiman Amerika malu jika membisu mengenai MO1, 1MDB – Tan Sri Adam Kadir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share