Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan oleh South China Morning Post (SCMP) dikenali sebagai pemegang kuasa sebenar. – Foto SCMP

“Rosmah dikenali di Malaysia sebagai pemegang kuasa sebenarnya,” dakwa akhbar itu ketika menyorot peranan isteri dan keluarga para pemimpin politik dalam pilihan raya akan datang.

Rosmah juga, lapor akhbar itu, mencetus keributan apabila membenarkan dirinya dipanggil Wanita Pertama sejak 2009 lagi.

“Malaysia tidak ada konsep sedemikian, tidak seperti negara-negara yang mempunyai tradisi republikan seperti Amerika Syarikat dan Perancis,” kata SCMP.

Sambil menyifatkan pilihan raya akan datang tidak lagi seperti pilihan raya sebelum ini serta membangkitkan persoalan adalah kali ini akan berlaku perubahan, akhbar itu menyifatkan peranan isteri dan keluarga tokoh yang lain turut memberi kesan.

More interestingly, all their wives are active in politics. Rosmah is widely known in Malaysia as the one who wields the real power, while the wife of Mahathir, Dr Siti Hasmah, is widely respected in and out of Umno and has joined forces with Dr Wan Azizah, the wife of Anwar.

Just as exceptional, the eldest daughter of Anwar, Nurul Izzah, has formed an alliance with Mukhriz Mahathir, the youngest son of Mahathir, to form a joint assault against Najib and his ilk.

In the Democratic Action Party (DAP), stalwart Lim Kit Siang and his son Lim Guan Eng, will lock hands with Mahathir, Anwar and the family of the late Fadzil Noor and the late Yusof Rawa, both of whom were the presidents of the Malaysian Islamic Party (PAS). – Read more South China Morning Post

Pakatan Harapan pula dijangka akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan lambang yang sama apabila didaftarkan sebagai pakatan rasmi empat parti, iaitu PKR, DAP, kata SCMP lagi.

Najib dan partinya, Barisan Nasional, juga terpaksa menghadapi serangan dari Datuk Shafie Apdal dan parti pimpinannya, Warisan di Sabah, kata akhbar itu.

“Sekurang-kurangnya sejak 1955, tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di Malaysia, negara menyaksikan bekas presiden Umno, Dr Mahathir, berganding bahu dengan bekas timbalan presiden parti itu, Anwar, untuk menjatuhkan presiden Umno kini,” kata akhbar itu.

Dengan pengalaman Dr Mahathir, Anwar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz di dalam kewangan dan perdagangan, masa untuk perubahan mungkin begitu dekat, kata SCMP. – Sumber Malaysia Dateline

KLIK BACA: Jabatan Kehakiman Amerika malu jika membisu mengenai MO1, 1MDB – Tan Sri Adam Kadir

KLIK BACASumpah Mahathir kebudak-budakan, adakah Najib pernah bersumpah kebudak-budakan juga?

KLIK BACA: Tun Mahathir soal AG jika benar Najib tak salah kenapa laporan Audit, SPRM dan BNM dirahsiakan!

KLIK BACA: Buka semula kes Scorpene demi keadilan Altantuya, Sirul – AMK 

[signoff predefined=”Disclaimers”][/signoff]

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share