Advertisements

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir pernah mencabar Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bersumpah dengan al-Quran bahwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara tidak mengaitkan perdana menteri dengan rasuah pada Jun, 2017. – Foto FMT

Hari ini 20 Julai 2017 sekali lagi Tun Mahathir mengulanginya setelah Apandi menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada Tun Mahathir hanya Allah dan tiada apa disembunyikan dalam kes 1MDB.

Kemelut 1MDB yang membabitkan Datuk Seri Najib Razak kini melibatkan isu agama di kemuncaknya bagi membuktikan salah dan benar kerana ia tidak dapat di bawa ke mahkamah untuk menjalani perbicaraan rasmi.

oleh Dr Mahathir Mohamad

1. Ya, A.G. (Pendakwa Raya) tidak perlu takut kepada saya. Ia perlu takut kepada Allah S.W.T.

2. Tetapi yang jelas ia tidak takut kepada Allah. Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Najib, apa sebabnya laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan Auditor General disembunyi dari orang ramai. Menyembunyi laporan dari orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat oleh Apandi tidak benar.

Advertisements

Ini bermakna Apandi membohong dan Allah S.W.T tahu Apandi bohong. Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah. Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan amanah oleh seorang Pendakwa Raya. Perbuatan pecah amanah berdosa.

3. Tetapi Apandi tidak takut buat dosa; iaitu tidak takut Allah S.W.T. Pengakuan bahawa ianya hanya takut kepada Allah Ta’ala tidak benar. Ini juga berdosa.

4. Apandi membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah.

5. Tetapi Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid bahawa tidak ada apa-apa dalam laporan-laporan yang diterima olehnya dari Bank Negara, MACC dan Auditor General yang menyatakan Najib bersalah berkenaan wang sebanyak RM2.6 billion Ringgit dalam akaun banknya datang dari 1MDB dan penyerahan balik 2.3 billion kepada seorang Arab Saudi adalah tidak benar.

6. Semasa bersumpah Apandi perlu disertai dengan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut yang menyebut dan hatinya.

7. Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah ia jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka.

*Tun Dr Mahathir Bin Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Tulisan adalah pendapat peribadi di blog beliau yang tidak semestinya mewakili Malaysian Review sebagai laman penyebar berita.

Risalah Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Firman Allah: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. – (Al-An’aam 6:123)

Nota: Mufti tidak mahu cakap biar aku cakap! – Apandi mungkin menyangka dirinya terikat lalu terhalang dengan sumpah taat setia memegang jawatan tetapi kepadanya hendaklah dia tahu bahawa Allah mengatakan: “Janganlah kalian jadikan (nama) Allah dalam sumpah kalian sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa, dan mengadakan islah [perbaikan] di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”-  [Al-Baqarah- 224]

Dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a Rasulullah Saw pernah bersabda: Sesungguhnya aku, demi Allah, insya Allah, tidak sekali-kali mengucapkan sumpah, kemudian aku memandang bahwa hal lain lebih baik darinya, melainkan aku akan melakukan hal yang lebih baik itu dan aku ber-tahallul dari sumpahku (dengan membayar kifarat). – [HR Bukhari, Muslim]

Manakala Imam Abu Daud pula meriwayatkan Rasulullah Saw bersabda: “Tiada nazar dan tiada sumpah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak Adam, tidak pula dalam maksiat kepada Allah, dan tidak pula dalam memutuskan silaturahim. Barang siapa yang mengucapkan suatu sumpah, lalu ia memandang hal lainnya lebih baik daripada sumpahnya, maka hendaklah ia meninggalkan sumpahnya dan hendaklah ia melakukan hal yang lebih baik, karena sesungguhnya meninggalkan sumpah merupakan kifaratnya.

Kesimpulannya: Apandi yang berkuasa besar dalam hal Najib-Mahathir jangan terhalang dengan sumpahnya untuk berkata BENAR memilih hal lebih baik sebagaimana dicontohkan Rasulullah Saw.

Ada beberapa pilihan untuk Apandi Ali dari Firman Allah dan Hadis Rasulullah di atas antaranya jalan tengah mendamaikan Mahathir dan Najib lalu ia sedar kedudukannya sendiri.

Apandi juga boleh dengan jujur sebagai hamba yang terikat dengan sumpah nama Allah meluluskan perbicaraan penuh terhadap kes 1MDB dan kita tahu kesannya oleh itu lebih baik dipilih jalan tengah di atas.

Atau Apandi boleh terus bersikap seperti sekarang didakwa menyembunyikan kesaksian dan akan bersama orang yang dipatuhi dan ditakutinya selain Allah di akhirat kelak yang mana kita semua akan menghadapi hari HISAB yang berat?

Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. – (A-li’Imraan 3:77)

Firman Allah: Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar. – (Al-Nahl 16:105-108)

Firman Allah: Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan – jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. – (A-li’Imraan 3:188-189)

Firman Allah: Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. – (At-Taubah 9:76-77)

Firman Allah: Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata:

“Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? – (Ibrahim 14:44)

Susunan: Ana Ghoib – Mimpi dan penglihatan aneh

KLIK BACA: Buka semula kes Scorpene demi keadilan Altantuya, Sirul – AMK 

KLIK BACAKisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Apandi kena nasihat Kit Siang guna ayat Al Quran

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share