Advertisements

Lim Kit Siang memetik ayat Al-Quran untuk menasihati Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya sentiasa berpegang kepada kebenaran. – Foto Malaysia Outlook

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang melakukan demikian selepas Apandi semalam berkata beliau hanya takut kepada Allah dalam menjalankan tugasnya, sebagai respon kritikan Tun Dr Mahathir yang mendakwa peguam negara itu gagal mengambil tindakan ke atas mereka yang bersalah dalam isu 1MDB.

Kit Siang di dalam kenyataannya hari ini memetik 2 ayat daripada Surah al-Baqarah:

“Janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”  – (2:60)

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”  – (2.42).

“Sekiranya Apandi seorang yang takutkan Tuhan, dia tidak boleh menjadi peguam negara untuk sebuah kleptokrasi global,” kata Kit Siang yang menggunakan istilah sama dipakai Jabatan Kehakiman Amerika mengenai skandal 1MDB.

Advertisements

Kit Siang turut berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum menjawab desakan supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk skandal 1MDB, seperti mana RCI yang diumumkan bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia “yang berlaku suku abad yang lalu”.

Apandi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada Julai 2015 dilaporkan secara kontroversi.

Tahun lalu, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB, tetapi berkata fail itu belum ditutup.

Risalah Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Firman Allah: Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. – (Al-An’aam 6:123)

Firman Allah: Dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana, lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka, setelah itu kebanyakan dari mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan. – (Al-Maaidah 5:71)

Susunan Ana Ghoib – Mimpi dan penglihatan aneh

KLIK BACA: Tidak lindungi Najib, Dr Mahathir cabar Apandi junjung al-Quran bersumpah dalam masjid

KLIK BACA: Tun Mahathir soal AG jika benar Najib tak salah kenapa laporan Audit, SPRM dan BNM dirahsiakan!

KLIK BACA: Buka semula kes Scorpene demi keadilan Altantuya, Sirul – AMK 

KLIK BACAKisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Terharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share