Tun Dr Mahathir Mohamad  membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika memberi keterangan dari kandang saksi di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang ini.

Menurut beliau, Umno kini menjadi parti “kleptokrat dan pencuri” di bawah presiden parti itu sekarang.

Oleh itu, Mahathir juga mengakui mahu menumbangkan Najib.

“Umno menjadi parti kleptokrat yang dituduh mencuri kerana tindakan presidennya. Ini memberi nama buruk kepada Malaysia. Bukan Umno lama tetapi parti Najib,” katanya.

Dr Mahathir menjadi saksi kedua yang dipanggil memberi keterangan hari ini.

Advertisements

Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Datuk Jahabardeen Mohd Yunus, yang mewakili setiuasaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Jahabardeen sebelum itu menyoal Mahathir jika beliau tidak lagi mempedulikan atau mengambil berat tentang parti yang dipimpinnya selama lebih dua dekad.

Mahathir, yang kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), memberi keterangan pada pendengaran saman fitnah anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap Tengku Sariffuddin.

Mukhriz memfailkan saman fitnah terhadap Tengku Sarifuddin pada 3 Mei tahun lalu.

Beliau mendakwa Tengku Sarifuddin mengeluarkan empat kenyataan media berunsur fitnah terhadapnya iaitu pada 15, 20, 23 dan 26 April. – Read more source at Malaysiakini

KLIK BACA: Najib ‘kesal’ lengahkan Pilihan Raya PRU14? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK BACA1MDB: Hukuman di Singapura petanda Putrajaya perlu bertindak

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share