Nor Adila isteri kepada Sahdan Ishak yang ditemui maut dengan kesan tembakan menafikan suaminya membunuh diri menulis surat terbuka di Facebook beliau.

oleh Nor Adila Ishak

Saya Nor Adila Ishak, isteri mangsa Sahdan Ishak Mohon jasa baik kawan-kawan share tentang KES KEMATIAN SUAMI saya yang tidak diberi KEADILAN sewajarnya. Maafkan saya ini je jalan untuk saya menuntut bela di atas kematian Suami saya.

Assalammualaikum dan Salam Syawal,

Maaf mengganggu, saya tahu ketika ini semua orang sedang bergembira menyambut kedatangan Syawal bersama keluarga dan sanak saudara di kampung. Sedang semua bersuka ria, kami sekeluarga dilanda kesedihan tentang berita yang baru kami terima baru-baru ini.

Advertisements

Sebelum saya memulakan coretan saya ini, saya ingin memohon maaf jika terkasar bahasa kepada semua pihak samada terlibat atau tidak seandainya coretan ini membuat sesetengah pihak tidak berpuas hati atau marah kepada saya dan keluarga.

Setelah berfikir secara dalam-dalamnya saya Puan Adila, isteri kepada Allahyarham Sahdan b. Ishak ingin menyuarakan rasa ketidakpuasan hati dan terkilan berhubung siasatan kes kematian suami saya. Suami saya telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah, berbaju melayu putih dengan kesan tembakan tepat pada dahi di sebuah rumah teres tiga tingkat di Bandar Tun Hussein Onn, Bt 9 Cheras. Kejadian berlaku pada 10 Mac 2017 yang lalu.

Genap 100 hari pemergiannya cukup untuk tempoh saya bertenang dan bersuara tentang apa yang berlaku sepanjang siasatan kes. Kami sekeluarga menyerahkan bulat – bulat kes ini kepada pihak berwajib dengan harapan agar pembunuh arwah mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Malangnya itu tidak berlaku, pada 13 Jun 2017 tertuduh telah dijatuhkan hukuman tanpa pengetahuan kami sekeluarga.

Lebih mengecewakan kami hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan sebuah nyawa yang hilang sekelip mata. Sebelum ni tertuduh seorang Dato’ Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kajang atas tiga pertuduhan iaitu menyebabkan kematian, memiliki sepucuk pistol dan sebutir peluru hidup tanpa lesen, Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh memiliki sepucuk pistol jenis Revolver bernombor Siri 72664 tanpa lesen yang sah pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan juga sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Tertuduh didakwa memiliki sebutir peluru hidup tertulis S&B7.56 Br tanpa lesen yang sah pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Selepas sebutan kes dibuat beberapa kali di Mahkamah Seksyen Kajang hukuman diturunkan kepada Seksyen 304A kanun keseksaan dimana jika disabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 TAHUN atau DENDA atau KEDUA-DUANYA sekali.

Ini merupakan KES BUNUH KE-2 Dato’ Seri tersebut dan kali ini… [Nota editor: Maklumat sensitif sila baca di Facebook penulis dengan klik link di BAWAH]

Coretan benar dari hati,
Nor Adilawati Ishak
(Isteri Allahyarham Sahdan Ishak)
29hb Jun 2017 (Hari Raya Ke-5) – Sumber Nor Adila Ishak Facebook

KLIK BACA: PH umum ‘Operation Big Bird’ cari wang hilang seperti era pemerintahan Marcos 

KLIK BACA: Siasat kenapa rizab antarabangsa jatuh merudum sekarang bukan shj Forex – Kadir Jasin

Advertisements

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share