Task Force Felda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pertubuhan Peneroka Rakyat Malaysia (PPRM) hari ini mendesak supaya Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Isa samad dipecat bagi menyelesaikan kemelut syarikat yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Satu memorandum desakan itu diserahkan kepada Isa melalui Pengurus Besar Perhubungan Awam FGV Ariff Ahmad Yeop di Menara Felda di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Pengerusi Task Force Felda Bersatu Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil berkata FGV mengalami kerugian kira-kira RM13.4 bilion sejak 2012 dan itu sudah cukup untuk memaksa Isa mengundur diri kerana gagal menguruskan FGV dan Felda dengan baik.

“Jika Isa masih enggan meletakkan jawatan, kami akan mendesak Perdana Menteri Najib Razak supaya memecatnya secara serta-merta,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Presiden PPRM Junaidy Jamaludin berkata Isa perlu bertanggungjawab terhadap segala kemelut yang berlaku dalam FGV dan Felda.

Advertisements

“Kami mendesak Isa meletakkan jawatan sebagai pengerusi FGV serta merta tanpa perlu menunggu siasatan SPRM selesai,” katanya.

Minggu lalu, kumpulan anak peneroka Felda turut mendesak Najib agak memecat Isa sebagai pengerusi FGV.

Sebelum itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan Perkasa turut mendesak perkara sama.

Semalam, media melaporkan SPRM akan memanggil 50 individu untuk membantu siasatan FGV.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki dipetik sebagai berkata antara yang akan dipanggil termasuk Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakaria Arshad.

Azam berkata individu ini akan dipanggil untuk memberikan keterangan minggu ini.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata tindakan SPRM menyiasat FGV patut disokong dan individu yang terbukti terlibat dengan amalan rasuah perlu diheret ke muka pengadilan tanpa mengira latar belakang.

“SPRM juga digesa menyiasat sejauh mana kebenaran isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang viral di media sosial membabitkan tokoh penting Felda dan FGV serta anak syarikat.

“Tanpa prejudis, Isa pengerusi FGV paling banyak dikaitkan dengan dakwaan rasuah yang tular di media sosial,” kata Mazlan dalam satu kenyataan pagi ini.

Anak menggesa audit pengurusan dan suruhanjaya bebas dibentuk bagi mengenal pasti punca kehilangan berbilion wang Felda.

Mazlan berkata ia boleh membantu SPRM dan sekali gus memulihkan keyakinan terhadap Felda dan FGV.

“Anak mencadangkan tokoh seperti bekas ketua audit negara Ambrin Buang dan bekas pengerusi Felda Raja Alias dapat dilibatkan sama.

“Anak mengharapkan pelantikan Idris Jala sebagai orang tengah mewakili Kabinet tidak mengganggu usaha dan siasatan SPRM,” katanya. – Sumber baca lanjut di Malaysian Insight

KLIK BACA: Najib dicabar ke forum ‘Nothing to Hide II’ bersama Tun Mahathir – Armada BERSATU

KLIK BACA: Media Qatar – Al Jazeera pertahan laporan kes bunuh ALTANTUYA

MESTI BACA: Sanusi: Orang UMNO terkorban bertanya pasal 1MDB

KLIK BACA: 29 Dalil Kesalahan-kesalahan krusial Kit Siang

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Najib tak mahu komen Anwar saman ketepikan sabitan liwat

KLIK BACA: Anwar fail saman mohon dibebaskan dari penjara susulan pendedahan Sarawak Report

KLIK BACA: Sikap Najib jadikan Msia gagal jadi pendamai negara Islam – Mat Sabu

Advertisements

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share