Advertisements

CEO FGV Datuk Zakaria Arshad meminta pemegang saham pilih sama ada beliau atau pengerusi Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad – Foto Astro Awani

KUALA LUMPUR: Isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semakin memuncak apabila Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad meminta pemegang saham memutuskan sama ada beliau atau pengerusi Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang harus meninggalkan salah sebuah syarikat perladangan senaraian awam terbesar di dunia itu.

“Dalam keadaan ini, saya tidak boleh terus bekerja di FGV. Pemegang saham perlu buat keputusan…sama ada Isa atau saya (tinggalkan FGV),” katanya kepada StarBiz dalam satu temu bual beberapa jam selepas menerima surat arahan bercuti sementara menunggu siasatan berkaitan syarikat subsidiari FGV.

“Bagaimana mahu bekerja jika dia (Isa) masih ada?,” tanya Zakaria, yang menerima surat tersebut, Selasa.

“Pemegang saham boleh memilih salah seorang, mereka boleh buat keputusan,” katanya sambil menambah surat itu tidak menyatakan berapa lama beliau harus bercuti.

Zakaria juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan salah laku dalam FGV dan berkata beliau suka jika pihak di sebalik kontrak disiasat.

Advertisements

“Di atas kertas, segala-galanya adalah di atas lembaga pengarah. Saya menjemput SPRM untuk menyiasat…siapa di belakang semua tawaran, siapa orang yang memberikan kontrak, syarikat mana dan mengapa hanya syarikat-syarikat ini mendapat kontrak,” katanya.

Isa pada sidang akhbar yang penuh sesak di sini memberitahu bahawa keputusan untuk meminta Zakaria bercuti bagi membolehkan pasukan audit dalaman FGV terus menyiasat dakwaan salah laku melibatkan jutaan ringgit daripada Delima Oil-Safitex, termasuk kelalaian dalam pembayaran.

Menurutnya, siasatan terhadap Zakaria dijalankan susulan daripada hasil siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

Zakaria dilantik sebagai CEO pada 1 April tahun lepas.

Bagaimanapun, Mohd Isa berkata siasatan itu tidak mempunyai tempoh masa tertentu.

“Hasil siasatan awal berapa bulan lalu mendapati ada salah laku urus niaga dengan Delima Oil Products Sdn Bhd dan Safitex dan lembaga pengarah mencadangkan beliau letak jawatan supaya (perkara ini) tidak menjadi isu besar. Tetapi dia tak nak,” katanya.

Mohd Isa juga berkata FGV terbuka untuk berkerjasama dengan SPRM bagi siasatan.

FGV dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia berkata cuti Zakaria bermula 6 Jun sementara menunggu siasatan dijalankan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Melalui Twitter, Zakaria Arshad‏ berkata, sebagai anak Felda beliau sudah melakukan apa yang termampu untuk kepentingan syarikat berkenaan.

Sebelum itu Zakaria berkata, perkembangan ke atasnya semalam adalah sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam sejarah Felda dan FGV sebelum ini.

Pada 12.04 tengah hari Selasa, harga saham FGV turun tujuh sen kepada RM1.66 dengan 27.12 juta saham diniagakan. – mStar | MRM

KLIK BACA: Dr Mahathir – Jadi PM semula dengan syarat semua setuju – Nikkei Asian Review

KLIK BACATak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV, kata Datuk Zakaria Arshad 

KLIK BACAZakaria jadi mangsa Isa Samad, kata Persatuan Anak Peneroka Felda 

KLIK BACA: Kucing ‘status’ lebih penting dari rakyat?

KLIK BACA: Pekerja Proton tak dibenar bercakap bertemu saya, luah Dr Mahathir

KLIK BACA: Zakaria Arshad digantung tugas – dakwa cuba hentikan pelaburan FGV yang tak masuk akal

KLIK BACA: Peguam Najib dipuji buat pengakuan jujur berterus-terang

KLIK VIDEO: Tun Mahathir pujuk Jho Low pulang jangan takut…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share