Advertisements

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menyifatkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang diarah bercuti sebagai mangsa terbaru Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa Isa ketika menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak “menyejuk bekukan” pengarah besar ketika itu – Datuk Zulkifli Abdul Wahab yang tidak disenanginya.

Katanya, ia disusuli dengan pengganti Zulkifli, Datuk Faizoull Ahmad yang turut “disejuk bekukan” sehingga beliau didakwa di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.

“Dan saya mendapat maklumat daripada awal, Isa memang tidak menyenangi Zakaria.

“Maka, apa sahaja yang dibuat dahulu oleh Zakaria sebelum kehadiran Isa di situ akan dikorek kembali, antaranya isu Delima Oil Products Sdn Bhd itu.

“Walhal, apa-apa keputusan yang dibuat Zakaria itu adalah keputusan bersama dalam board (Lembaga Pengarah),” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Advertisements

FMT cuba mendapatkan reaksi Isa tetapi gagal.

Mazlan mengulas laporan Zakaria diarah bercuti berkuat kuasa serta-merta oleh Lembaga Pengarah FGV.

Arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung isu tunggakan bayaran oleh sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd – anak syarikat FGV.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, tindakan ke atas Zakaria ialah satu kesilapan kerana beliau sedang melaksanakan misinya untuk memperbetulkan kepincangan dalam syarikat itu.

Beliau berkata, Zakaria sepatutnya diberikan ruang dan siasatan perlu dilakukan dengan adil berhubung sebarang isu membabitkan dirinya.

“Jadi, bila beliau digantung, siapa akan ambil alih? Siapa yang akan meneruskan misi FGV?” soalnya.

Dalam pada itu, Mazlan tidak nampak penstrukturan Felda yang dilakukan Tan Sri Shahrir Samad akan mendatangkan kesan, selagi Isa menjadi pengerusi FGV.

Beliau berkata, sepatutnya tindakan diambil untuk menyingkirkan Isa daripada FGV bagi meredakan keadaan. – Sumber ihsan FMT

KLIK BACATak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV, kata Datuk Zakaria Arshad 

KLIK BACA: Kucing Najib ‘status’ lebih penting dari jawab soalan?

KLIK BACA: Pekerja Proton tak dibenar bercakap bertemu saya, luah Dr Mahathir

KLIK BACA: Zakaria Arshad digantung tugas – dakwa cuba hentikan pelaburan FGV yang tak masuk akal

KLIK BACA: Peneroka Felda mesti pertahan Zakaria Arshad CEO FGV

KLIK BACA: Dua peguam sahkan terima wang dari NAJIB

KLIK BACA: Adakah kerajaan bohong parlimen bayaran yuran Shafee? – Kadir Jasin

KLIK BACA: Hadi jelaskan kenapa PAS bisu calon PM?

MESTI BACA: Kadir Jasin imbas semula penjajahan tanah Melayu oleh negara asing

KLIK BACA: 1MDB sudah terang lagi bersuluh – Tan Sri Adam A Kadir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share