“Cukai Pelancongan” yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2017 akan menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel.

Cukai itu bakal turut membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai.

Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.

Menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan.

Kadar cukai itu adalah seperti berikut:

1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam
2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam
3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam
4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam
5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi setiap malam

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, cukai pelancongan turut dikenakan di sebalik membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan caj perkhidmatan.

Bagaimanapun, ia berkata bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai.

Selain itu, Kastam Diraja Malaysia berkata premis yang menyediakan penginapan dengan kurang daripada 10 bilik juga dikecualikan.

Katanya bilik disenggarakan oleh institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial juga diberikan pengecualian.

KLIK BACA: Pekerja Proton tak dibenar bercakap bertemu saya, luah Dr Mahathir

KLIK BACA: Zakaria Arshad digantung tugas – dakwa cuba hentikan pelaburan FGV yang tak masuk akal

KLIK BACA: Dua peguam sahkan terima wang dari NAJIB

KLIK BACA: RM9.5 juta dakwaan Najib bayar Shafee penjelasan Nazri remeh, kata Wan Azizah

KLIK BACA: Adakah kerajaan bohong parlimen bayaran yuran Shafee? – Kadir Jasin

KLIK BACA: Hadi jelaskan kenapa PAS bisu calon PM?

MESTI BACA: Kadir Jasin imbas semula penjajahan tanah Melayu oleh negara asing

KLIK BACA: 1MDB sudah terang lagi bersuluh – Tan Sri Adam A Kadir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE