Haliza Maysuri pengasas Bawal Exclusive hari ini merasmikan bangunan baru di Puchong, Selangor. — Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2017 — Penggemar fesyen tudung berjenama sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki tudung eksklusif.

Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd berkata kebanyakan yang membuat tempahan sedemikian adalah golongan kenamaan dan ahli perniagaan.

Haliza Maysuri berkata pelanggan sanggup membayar lebih untuk memiliki tudung eksklusif yang ditempah khas, lapor Kosmo! Online.

“Tudung paling mahal yang pernah dihasilkan oleh Bawal Exclusive bernilai RM21,600 yang ditempah khas oleh seorang ahli perniagaan di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata syarikatnya juga menjual rekaan tudung pada harga mampu milik serendah RM50 sehelai.

KLIK BACA: Polis cari bomoh dakwa Zulfarhan curi laptop

KLIK BACAZulfarhan ada komputer riba sendiri, ibu terkejut dituduh mencuri…

KLIK BACANajib tidak bolehkah sempena Ramadan bersikap jujur berkata benar?

MESTI BACA: Kadir Jasin imbas semula penjajahan tanah Melayu oleh negara asing

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE