Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka akan mengalami kerugian sebanyak RM1 bilion pada tahun ini sekiranya syarikat automotif nasional itu tidak distruktur semula, kata Datuk Seri Najib Razak. – Foto Indian Express

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menegaskan perkara itu berkata pada tahun lalu misalnya, kerugian syarikat itu telah mencecah RM500 juta berikutan prestasi jualan yang tidak memberangsangkan iaitu sekitar 72,000 unit setahun dan 6,000 unit sebulan.

“Pada tahun lepas kerajaan bantu dengan memberi pinjaman mudah RM1.5 bilion…tahun ini minta lagi. Sumbangan (kerajaan untuk) R&D (penyelidikan dan pembangunan) pula RM1.1 bilion.

“Ini duit rakyat yang kita gunakan untuk selamatkan Proton kerana 60,000 orang bergantung rezeki dengan Proton… jadi berapa lama lagi kita perlu beri (sumbangan duit rakyat),” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) di Masjid Paroi Jaya, di Seremban, hari ini.

Najib menegaskan, penstrukturan semula Proton bukan keputusan yang berlandaskan emosi sebaliknya dilakukan atas dasar ‘hidup dan mati’ syarikat itu.

“Kita tak mahu perniagaan yang mati, perniagaan yang lumpuh, tetapi perniagaan yang untung. Kita tak boleh bangga dengan kereta nasional tetapi (hakikatnya ia) rugi berbilion-bilion.

“Kita lebih bangga dengan kereta nasional yang memberi untung serta faedah kepada kita”.

Jelas perdana menteri, keputusan itu juga bukanlah berkisar kepada soal untuk mempertahankan 100 peratus pegangan, sebaliknya adalah lebih baik untuk memiliki 51 peratus kepentingan dengan turut meraih keuntungan.

Beliau menegaskan, dalam soal ini terdapat dua pilihan iaitu memiliki pegangan 100 peratus tetapi rugi beratus-ratus juta atau pegangannya berkurangan namun mencatat keuntungan mencecah ratusan juta.

Sehubungan itu, Najib menggesa rakyat untuk memahami rasional di sebalik isu berkenaan. – Bernama


Nota Ana Ghoib: Tak ada Tour – Road Show – Exhibition – Rombongan dagang menjual proton produk negara mengikut Najib dalam pesawat mewah ke luar negara?

Bak kata seorang pembaca di Majalah Review Malaysia – MRM bahawa memasarkan Proton di Malaysia mudahnya seperti memburu di dalam ZOO.

Malah lebih mudah mewajibkan agensi kerajaan memakainya tetapi kepada Ana Ghoib dengan syarat janganlah Media Akhbar TV dikawal kerajaan sampai seminggu ulas keburukan Proton dari rungutan pembeli.

Jikalah mereka tidak putus asa dan keistimewaannya PROTON kereta nasional dilindungi sepenuhnya lalu salah silap segera diperbaiki anak tempatan yang berkarisma, berkaliber dan pandai berniaga seperti Tony Fernandes AirAsia tidak begini akhirnya.

Ambil contoh MAS yang memerlukan orang asing gaji berjuta hanya untuk memotong kos, memecat vendor dan memecat pekerja walhal anak tempatan tidak diutamakan. [Imej kejayaan orang barat yang didendangkan diterima semudah itu – rasionalisasi kononnya.]

Ana Ghoib mahu menambah Proton ini seperti Ringgit Malaysia jika diletak imej orang yang berpengaruh maka nilainya dipandang tinggi sebaliknya cubalah buat ujikaji meletakkan imej ahli politik mana yang paling laku.

Teringat pemandangan kedai pajak gadai China di Malaysia yang mana Mahathir pernah menyentuhnya di dalam buku beliau ‘Malay Dilemma’ di mana sikap melayu yang bergantung kepada menggadai barang bila sesak hutang atau keperluan. [*Rupanya berlaku sehingga kini dalam kasus ini…]

Susunan:  Berita Mimpi – Ana Ghoib penasihat asing di Putrajaya…

KLIK BACA: 1MDB sudah terang lagi bersuluh – Tan Sri Adam A Kadir

KLIK BACANajib tidak bolehkah sempena Ramadan bersikap jujur berkata benar?

MESTI BACA: Kadir Jasin imbas semula penjajahan tanah Melayu oleh negara asing

KLIK BACAShafee didakwa terima wang Najib, Anwar gesa siasat

KLIK BACA: Tun Mahathir cabar peguam negara buktikan wang 1MDB masih ada?

KLIK BACA: Zaid mahu tolong bersihkan nama Najib

KLIK BACA: Kit Siang cadang Najib jalani ujian poligraf terlebih dahulu

KLIK:  Video Dr Mahathir pandu uji Proton naik Genting Highlands

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share