Advertisements

Salahuddin Ayub memuji negara yang bertindak tegas terhadap skandal 1MDB. – Foto Malaysia Dateline

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub memuji beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat, Switzerland, Jepun, Korea Selatan dan Singapura kerana mempamerkan integriti urus tadbir negara.

Ia mampu, kata beliau, menjadi contoh kepada sekalian warga dunia.

“Terbaru ialah kenyataan dan tindakan tegas kerajaan Singapura berkaitan isu 1MDB yang sekali lagi memberi keaiban besar kepada negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dilapor portal Malaysiakini.

Dua hari lepas, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan mengenakan penalti kewangan terhadap dua bak kerana terlibat dalam transaksi yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Dua bank itu ialah Credit Suisse dan United Overseas Bank (UOB).

Advertisements

Dalam kenyatannya, MAS berkata Credit Suisse didenda S$0.7 juta (RM2.16 juta) manakala UOB didenda S$0.9 juta (RM2.78 juta).

Bank-bank itu didakwa melanggar Notis 625 MAS – Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Membendung Pembiayaan Keganasan.

Salahuddin di dalam kenyataan itu berkata, dakwaan keterlibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB berlarutan hampir 5 tahun dan mengakibatkan berlakunya malapetaka politik dan ekonomi yang sangat memalukan.

“Merobek maruah negara di mata rakyat tempatan sekaligus masyarakat antarabangsa.

“Adalah sangat membimbangkan apabila fenomena amalan dan budaya rasuah yang berlaku di negara ini berinspirasikan daripada kerajaan kleptokrasi yang dipimpin Najib sekarang ini,” katanya.

Salahuddin menambah, demi menyelamatkan negara, rakyat dan masa depan generasi akan datang, rakyat perlu mengajar Najib dengan bahasa yang paling difahami beliau.

“Hanya dengan bahasa undi sahajalah yang rakyat berkuasa menurunkan Najib dari kerusi kuasa dan dalam nafas yang sama menamatkan era kerajaan kleptokrasi di negara,” jelas Salahuddin.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh

KLIK:  Video Dr Mahathir pandu uji Proton naik Genting Highlands

KLIK VIDEO: Dr Mahathir nafi dakwaan pernah mahu jual Proton kepada Geely

KLIK VIDEO: Tun Mahathir mungkin terpaksa jadi PM sekali lagi

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACA: Dr Mahathir bidas tindakan pihak berkuasa terhadap Lee Kim Yew

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share