Advertisements
Tun Mahathir memujuk ahli perniagaan Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB untuk kembali ke Malaysia.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohmad dengan nada sinis mencabar atau memujuk Jho Low supaya tidak takut pulang ke Malaysia. – Video kredit KiniTV

Tun Mahathir berkata: “Ini kawan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), sekarang ini tidak berani datang ke Malaysia.

“Apa nak takut, AG (peguam negara) ada, awak tidak akan ditangkap.

“Tapi kalau awak sampai sini di tengah-tengah kami, kami akan godam. Macam apa tu, dia tempeleng,” sindirnya pada ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur malam semalam lapor portal Malaysiakini dengan video disiarkan oleh KiniTV.

Sebelum ini New York Times melaporkan Jho Low dipercayai berada disebuah hotel di Shanghai, China sewaktu Hotel mewahnya dipaksa jual oleh DoJ melalui rakan kongsinya di New York.

Advertisements

Malaysiakini melaporkan Mahathir sering membidas Apandi Ali yang ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB.

Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, adalah seorang ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang dan tokoh utama yang dikaitkan dalam skandal 1MDB. Beliau juga didakwa mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Najib.

Mahathir pada ceramah itu juga mengulas kenyataan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mahu beliau mendedahkan jumlah keseluruhan dana pilihan raya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.itu kepadanya “mencuri wang”.

“Nazri nak tuduh sy curi duit, tuduh la, kalau boleh buat laporan polis tentang duit saya curi.

“Segala hadiah, termasuk 26 kereta dihadiah semasa saya jadi perdana menteri, saya bagi balik kepada kerajaan.

“Pergilah ke (Galeria Perdana) Langkawi, boleh lihat apa saya bagi balik. Nilainya lebih satu juta ringgit, atau lebih, saya tak ambil.

“Orang lain belum dapat hadiah, sapu dulu,” katanya merujuk kepada Galeria Perdana yang menyimpan dan mempamer pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima Mahathir semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri.

KLIK VIDEO: Proton buah fikiran saya kini milik orang asing – Tun Mahathir

KLIK BACA: Apakah maruah kamu sudah tak ada lagi, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Rafizi sekolahkan Najib pelajaran cukai GST

KLIK BACA: Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya

KLIK BACA: Patutlah Najib tak dapat berselfie dengan Trump di Riyadh 

KLIK BACANajib sepatutnya jadikan Malaysia negara pendamai antarabangsa – Mat Sabu

KLIK VIDEO: Saya sudah bakar jambatan dengan Umno – Tun Mahathir 

KLIK BACA: DoJ paksa jual harta Jho Low yang menghilang diri di New York – NYT

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share