Advertisements

oleh Shahbudin Husin

Tak disangka-sangka, dalam kita menduga Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempunyai imej buruk dan paling tidak popular, rupa-rupanya kedudukan Najib Razak lebih teruk lagi daripada itu.

Menurut majalah antarabangsa Time, Najib adalah antara lima pemimpin dunia lain yang kedudukannya lebih teruk daripada Trump yang dianggarkan kadar penerimaan rakyat Amerika Syarikat terhadapnya cuma 40 peratus saja.

Bersama Najib yang ditaksir mempunyai populariti lebih rendah daripada Trump itu ialah Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, Presiden Brazil, Michel Temer, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras.

Kata majalah itu lagi, punca teruknya kedudukan Najib ialah kerana skandal 1MDB, kemasukan berbilion-bilion ringgit ke dalam akaun peribadinya dan tindakan Peguam Negara membersihkan namanya daripada sebarang salah laku berkaitan dua perkara itu.

Maka, disebabkan kedudukan Najib yang lebih teruk itukah yang menjadi punca tidak ada gambar selfie antara beliau dengan Trump di mesyuarat di Riyadh yang dihadirinya baru-baru ini?

Advertisements

Bukankah Najib selalu mengambil kesempatan berselfie dengan pemimpin dunia yang ditemuinya untuk menunjukkan beliau diterima baik oleh mereka?

Kenapa tidak ada selfienya dengan Trump sebagaimana beliau mudah melakukannya dan selalu menunjuk-nunjuk gambarnya dengan Obama sebelum ini?

Selain itu, adakah ini juga merupakan suatu petanda Trump ingin membiarkan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS untuk menyita aset dan hartanah yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang diselewengkan berjalan dengan bebas, lancar dan tidak terganggu?

Disebabkan tidak dapat berselfie dengan Trump, musnahlah impian Najib untuk “gebang besar” dengan gambar itu yang kemudian sudah tentu juga akan dimanipulasi oleh media arus perdana dan askar maya A9 untuk menunjukkan seolah-olah saman di Amerika “tidak ada apa-apa” sebenarnya.

Apa pun, kedudukan Najib yang semakin teruk itu merupakan mesej yang baik kepada rakyat Malaysia bahawa usaha menolak dan menyingkirkan beliau mesti diteruskan sehingga mencapai kejayaan.

Tidak ada kebaikan sama-sekali kepada negara dan rakyat jika kita mengekalkan pemimpin yang imej dan reputasinya sudah diketahui berada di tahapnya. – Sumber Shahbudinhusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik dan artikel ini pertama kali disiarkan di blog beliau serta tidak mewakili pendirian MalaysiaStyloNews. | Foto kredit The Ant Daily

KLIK BACAProton akhirnya dijual kita beli kereta asing selepas ini, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Sertai blok Saudi-AS, Najib bawa Malaysia ke kancah bahaya

KLIK BACA: Najib sepatutnya jadikan Malaysia negara pendamai antarabangsa – Mat Sabu

KLIK VIDEO: Saya sudah bakar jambatan dengan Umno – Tun Mahathir 

KLIK BACA: DoJ paksa jual harta Jho Low yang menghilang diri di New York – NYT

KLIK BACAKita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share