Advertisements

oleh Low Han Shaun | The Malaysian Insight

Jika pembangkang memegang tampuk kuasa, pemburuan dana 1MDB yang hilang akan dilakukan sehinggalah ke depan pintu perdana menteri, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Kita tahu di mana duit itu, dan kita akan cuba mengambil balik semua duit itu, walaupun sampai ke pintu Najib,” kata mantan perdana menteri itu dalam siaran langsung di Facebook hari ini, merujuk kepada berbilion ringgit yang digelapkan menerusi 1Malaysia Development Bhd dan penafian Najib yang dia menerima faedah daripada dana tersebut.

Dr Mahathir menjawab lima soalan selama 30 minit sesi “Hangpa tanya, Chedet jawab”.

“Kami (Pakatan Harapan) mungkin tidak akan dapat semua tetapi kami akan dapatkan sebanyak mungkin,” kata pemimpin berusia 92 tahun itu.

Dia banyak kali menuduh Najib mencemarkan reputasi Malaysia kerana hutang dan skandal 1MDB.

Advertisements

Dalam sesi itu, Dr Mahathir juga berkata yang pembangkang bukan sekadar akan menghalang satu lagi skandal serupa 1MDB daripada berlaku tetapi juga akan menyelesaikan hal berkaitan- iaitu isu Bandar Malaysia.

“Kami bukan hanya mahu menghalang masalah 1MDB daripada berlaku lagi, tetapi kami juga akan mencari jalan penyelesaian yang boleh menghalang kehilangan wang sepertimana dalam 1MDB dan Bandar Malaysia.”

Mantan perdana menteri itu, yang memerintah negara sejak 1981 hingga 2003, juga ditanya sekiranya dia menentang orang Cina dan pelaburan dari China ke Malaysia.

“Sekiranya ada perbezaan dalam status kekayaan antara dua kaum, akan wujud ketegangan dan pergaduhan…ia juga boleh mewujudkan komunisme dan sosialisme untuk merapatkan jurang ini.

“Kerana itu untuk elakkan komunisme dan sosialisme, kita cuba untuk menghapuskan jurang antara kaum, tidak kisahlah Melayu, India atau Cina.

“Perdana menteri Malaysia menganggap China sebagai negara yang kaya dan dia mahukan duit, jadi dia bagi kontrak besar kepada China, dan beli keretapi elektrik dari China, bila dia mahu bayar, dia tak ada duit, jadi dia jual tanah Malaysia kita ke China,” katanya, merujuk kepada kemelut urus niaga Bandar Malaysia.

Di penghujung sesi, Dr Mahathir berkata yang dia akan melakukan siaran langsung sekali lagi tidak lama lagi. – 19 Mei, 2017. – Read more source The Malaysian Insight


KLIK BACA: Pantun tak kesampaian David Teo depan Najib akhirnya diketahui

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

KLIK BACA: Polis digesa tangkap Mat Over 

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share