Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG), Mejar (K) Datuk David penerbit filem terkenal yang ramai menggaji pekerja dan melonjakkan karier anak seni melayu mahu bertanyakan soalan dengan mukadimah pantunnya yang mencuit hati tidak kesampaian akibat dilempang Mat Over di hadapan panglima Bugis yang terkejut – tersenyum kemudian menyuruh beralih kepada penyoal lain serta-merta.

[Nota penyusun: Yang jika berlaku di depan Khalifah Umar al Khattab r.a pastinya pelempang akan disuruh balas pelempang, janggut dengan janggut, tanduk dengan tanduk, mata dengan mata balasannya. Tapi itu Umar al Farouk pembela kebenaran dan keadilan bukan penyembunyi! – Khalas]

Sambung semula, David Teo cuma sempat mengatakan: “Orang kata, sekali itu ombak sampai ke pantai, selalu pantai itu…”? [Mungkin pantai berubah – pent]

Paling terkilan dan rugi tidak diketahui apakah kesudahan ayat pantun itu namun terjawab apabila syarikat beliau Metrowealth Pictures (MIG) memuat naik video di atas.

Di dalam video itu secara bergurau David Teo menyudahkan pantunnya yang berbunyi: PM jemput saya ke pantai… Sedang saya bersantai-santai pelempang pun sampai…. – Mejar Datuk David Teo

Advertisements

Selepas Karam Singh Walia yang popular itu David Teo menjadi pengubat kepada rindu kita terhadap bidalan dan pantunnya yang mempunyai mesej tersendiri.

Ada melayu malangnya tidak sabar besar jiwanya tetapi mengaku-ngaku pula, justeru harus belajar sejarah Melayu-Cina Baba Nyonya – Melaka yang aman damai sejak zaman silam.

Nota Kaki: Jika David Teo menanyakan nakhoda atau juragan kaya mengenai pantai sedangkan sudah agak lama kapalnya hanyut bersama Hang Pacak dan Hang Setia tak jumpa-jumpa pantai – cuma gelombang lautan maka memang David Teo silap hari bulan tapi untung tak kena tombak!

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya

“The Prophet (SAWS) said, ‘Torrential will be your affairs after me when men recognize what is wrong, but it will not be disliked for themselves what they recognize. So do not obey whoever disobeys nor send astray people from your Lord.’” –  [Ubadah as-Samit r.a]

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh … pembenci Dewa-Dewa!

KLIK BACA: Kita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

KLIK BACA: Polis digesa tangkap Mat Over 

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share