Advertisements

David Teo dipukul Mat Over di hadapan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Rosyam Nor pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Segmen Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana.  – Foto Asyraf Hamzah

PUTRAJAYA: Kekecohan kecil yang tercetus membabitkan insiden pelawak Sulaiman Yassin menampar penerbit filem David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Razak, berakhir dengan baik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai.

Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Mat Over dan Teo bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Perdana Menteri dan moderator sesi ‘Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni’, Datuk Rosyam Nor, di Seri Perdana di sini, malam tadi lapor BHOnline.

Insiden bermula apabila Teo seolah-olah mempersoalkan cara Rosyam mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan.

Program disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di laman sosial Facebook itu, memperlihatkan Rosyam menegur Teo yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri.

Advertisements

Rosyam kemudian memberi laluan kepada Teo menyatakan pandangan dan penerbit filem itu mula berpantun.

Bagaimanapun, belum sempat Teo menghabiskan pantunnya, Mat Over tiba-tiba tampil lalu menampar Teo.

Kejadian spontan itu segera dileraikan oleh pasukan keselamatan dan kedua-duanya dibawa keluar dari tempat dialog berlangsung.

Rosyam dan Najib kemudian meneruskan sesi dialog bersama hadirin.

KLIK BACA: Pantun tak kesampaian David Teo depan Najib akhirnya diketahui

KLIK BACADavid Teo dipukul depan Najib memalukan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mat Over minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

KLIK BACA: PAS anggap Tun Mahathir singa tua tak ada gigi

KLIK BACA: Polis digesa tangkap Mat Over 

KLIK BACA: Afdlin Shauki – Satu Malaysia dengar dia cakap kat PM ‘dia ni memang kurang ajar Datuk Seri’

KLIK BACA: Tun Mahathir – Pembodek sanggup terbalikkan perbuatan untuk dipuji tuannya

KLIK BACA: Kita tahu mana duit 1MDB, akan ambil balik semua, kata Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share