Advertisements

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS tidak mengikut perintah al-Quran untuk bekerjasama dalam hal-hal kebaikan dalam berpolitik. – Foto The Rakyat Post

Dr Mahathir merujuk al-Maidah ayat 2 yang menggesa umat Islam sentiasa tolong-menolong dalam kebaikan dan bukannya perkara dosa dan permusuhan.

“Bahawa al-Quran melarang berpakat untuk membuat jahat, dan sebaliknya berpakat hanya untuk amal ma’aruf tidak sedikit pun dipedulikan oleh PAS dan pemimpinnya,” kata bekas perdana menteri itu di blognya hari ini.

Kata bekas presiden Umno itu lagi, PAS rela bersendirian dalam pilihan raya umum nanti tetapi langkah itu hanya merugikannya dan gabungan pembangkang.

“Pakatan Harapan dan PAS akan kalah dan Barisan Nasional akan menang menguntungkan UMNO,” kata Dr Mahathir, kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Inilah sebenarnya perjuangan PAS. Ia bukan untuk bangsa dan agama. Ia bertujuan melemahkan orang Melayu.”

Advertisements

Beliau mendakwa lagi bahawa pengikut PAS begitu fanatik terhadap parti itu sehingga “sanggup membelakangkan Islam dan al-Quran.”

“Al-Quran melarang mengkafir orang Islam. Sesiapa yang membuat dakwaan ini tanpa soal selidik keatas beribu-ribu orang Islam, orang yang mengucap dua kalimah syahadah, maka kafir itu akan kembali kepadanya.

Mereka dipercayai membaiah kepada parti dan pemimpin mereka. Bai’ah ini mengikat mereka sehingga mereka sanggup membelakangkan Islam dan Al-Quran.

Terpulanglah kepada ahli PAS samada mengikut ajaran Islam atau terus membai’ah dan taksub kepada parti dan pemimpinnya yang berjuang untuk nafsu didunia.” – Dr Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Dr Mahathir menerangkan sejarah PAS dari isu Islam, kafir dan PRU

Nota Ana Ghoib: Berkatalah PAS melangit tinggi apa pun terhadap isu 1MDB, SPRM, Jho Low, balak Kelantan, banjir, royalti minyak tetapi itu bukan pendirian pemimpin UTAMA PAS jadi bawahan cuma kader yang menjadi bahan percaturan KING di atas.

Biarlah PAS menjadi seperti peribahasa “Merak Meninggal Dalam Hutan” bila mana kecantikan dan kemegahan tidak berguna hanya dipamer akhirnya mati menyendiri seperti sikap PAS sejak dahulu hanya bermukim di Kelantan akibat tiada kebesaran jiwa mahu menawan Putrajaya seperti momentum dilakukan merak kayangan Tuan Guru Nik Aziz.

*Geram melihat kamu menjadi mangsa perbudakan. – Susunan: Ana Ghoib aku demam ….

KLIK BACA: Tulisan penuh Dr Mahathir menerangkan sejarah PAS dari isu Islam, kafir dan PRU

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

KLIK BACA: Kenapa anak Najib, Ashman dan Riza Aziz ikut ke China? 

KLIK VIDEO: AG mana nak dakwa PM?, kata bekas Hakim

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA: Raja Bomoh Nujum VVIP mungkin seorang WALI?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share