Advertisements
Dr Mahathir mengucapkan selamat HARI GURU dan berkata guru dipandang tinggi dan memainkan peranan besar dalam politik tulisnya di laman rasmi Facebook beliau.

oleh Tun Dr Mahathir

*SELAMAT HARI GURU BUAT GOLONGAN PENDIDIK*

Zaman kecil saya tiada beza juga mungkin dengan kebanyakkan anak-anak lain. Saya dulu boleh dikatakan seorang yang agak ‘nakai’ di zaman kecil saya, saya mai dari Kedah jadi sudah tentu lumrah zaman tu kalau balik mengaji ‘dok main kat bendang’ walau dipesan berkali-kali akan bahayanya.

Tapi saya dan kawan-kawan cukup takut kalau nampak guru mengaji atau cikgu sekolah lalu kerana kami tau ‘akibatnya’.

Apatah lagi kalau guru-guru saya ni melaporkan pada bapak saya yang merupakan seorang pengetua lagilah saya akan didisiplinkan. Pernah? Semestinya ya!.

Tapi dulu amat berbeza dengan sekarang, guru-guru sebenarnya bukan ditakuti tapi sangat dihormati, masa itu kami faham segala hal dari pembelajaran hingga bab mendisiplinkan adalah untuk tujuan mendidik.

Advertisements

Namun guru sekarang tidak mampu memainkan peranan lebih dari mengajar subjek-subjek di sekolah walau seakan segala hal dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Di kampung-kampung, gurulah orang yang paling bijak pada masa dulu, mereka amat dihormati sehinggakan segenap peranan dalam membangunkan masyarakat di kampung-kampung dimainkan oleh golongan pendidik.

Malah parti-parti politik dulu diasaskan atau dipelopori oleh mereka dalam kalangan guru atau pendidik. Kerana itu masyarakat benar-benar dibangunkan dengan asas atau nilai yang kukuh!

Bukan macam sekarang, politik dikuasai mereka yang gilakan untuk berniaga dan mencari keuntungan peribadi, akhirnya tiada nilai lagi kerana gurunya adalah wang!

Apapun saya ucapkan Selamat Hari Guru buat para pendidik di Malaysia, teruskan menabur bakti dan jasa demi membina anak bangsa tercinta.

Gambar oleh BRADO – Facebook Geng Kartun

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Cukai pendapatan lebih dari cukup tak perlu GST, Rafizi bantai pakar ekonomi kononnya

KLIK BACA: Pulangkan duit SRC milik rakyat yang diterima dari Najib – Rafizi

KLIK BACA: Pas belakangkan Islam, Al-Quran kerjasama untuk kebaikan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tulisan penuh Dr Mahathir menerangkan sejarah PAS dari isu Islam, kafir dan PRU

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Anak Muda ambil tindakan mahkamah terhadap Najib

KLIK BACA: Kenapa PM tak minat tuntut wang berbilion dari Aabrar palsu? – Muhyiddin 

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share