Advertisements
Tun Mahathir, Anwar dan Azmin menjadi pilihan calon Perdana Menteri Malaysia – hasil dapatan kajiselidik oleh kumpulan Deklarasi Rakyat.

Sekiranya Pakatan Harapan berani mengambil pendekatan ketengahkan calon Perdana Menteri untuk memberi bayangan secara jelas kepada rakyat peluang bagi memenangi pilihan raya umum dan menawan Putrajaya amat cerah.

Resipi terbaik untuk meyakinkan rakyat bagi Pakatan Harapan mencapai hasrat mengambilalih kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum dengan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri secara interim sehingga keadaan sosio-politik dan ekonomi negara kembali stabil.

Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan rakyat mahukan teraju kepimpinan negara dipindahkan kepada gandingan Anwar dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Daripada dapatan kajiselidik itu menunjukkan 87% responden menyatakan Pakatan Harapan harus menamakan tokoh-tokoh mereka secara ‘pre-emptive’ dan jelas bagi meyakinkan rakyat untuk memberi undi secara mutlak kepada barisan pembangkang ke arah menawan putrajaya.

Deklarasi Rakyat telah mengadakan tinjauan kajilidik di seluruh negara bagi mendapatkan nama-nama tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan yang boleh diterima baik oleh rakyat jelata bagi menunjangi kepimpinan negara selepas PRU14 kelak.

Hampir 87% dari responden-responden menyatakan Pakatan Harapan harus menamakan tokoh-tokoh mereka secara ‘pre-emptive’ dan jelas bagi meyakinkan rakyat untuk memberi undi secara mutlak kepada barisan pembangkang ke arah menawan Putrajaya.

Advertisements

Dari kajilidik ini ramai yang berpendapat bahawa resipi terbaik untuk meyakinkan rakyat bagi Pakatan Harapan mencapai hasrat mengambil-alih kerajaan baru selepas pru14 nanti ialah dengan menamakan tun dr mahathir mohamad selaku perdana menteri secara interim untuk seketika sehingga keadaan sosio-politik serta ekonomi negara kembali stabil.

Selain dapatan sebanyak 82% pula mahukan Anwar dibebaskan dan dibersihkan rekod penahanan beliau yang dipandang masyarakat umum sebagai ‘political motivated’ melalui sistem perundangan.

Ini kerana responden menyatakan setelah Anwar dibersihkan rekod penahanannya melalui sistem perundangan sehingga dibenarkan bertanding oleh undang-undang; maka pada waktu tersebut rakyat mahukan teraju kepimpinan negara dipindahkan kepada gandingan Anwar dan Datuk seri Mohamaed Azmin Ali.

Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, barisan kepimpinan ini amat diyakini oleh rakyat pada masa ini.

“Rakyat mahukan Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara untuk menstabilkan lanskap politik dan ekonomi negara serta pada waktu keadaan menjadi tenteram maka kepimpinan negara mesti diserahkan pada Datuk Seri Anwar digandingkan dengan Datuk Seri Azmin Ali,” ujarnya dalam kenyataan hari ini lapor portal Malaysia Dateline. 

Dapatan kajiselidik itu juga menyebut 78% responden turut menyatakan bahawa Pakatan Harapan harus menamakan Dr Mahathir dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sekurang-kurangnya sebagai ‘Pengerusi bersama’ dalam Pakatan Harapan.

“Namun seramai 71% dari responden-responden turut menyatakan sekurang-kurangnya Tun Dr Mahathir dilantik sebagai ‘penasihat eksekutif’ bagi membolehkan tokoh negarawan tersebut bertindak secara effektif untuk menumbangkan kerajaan kleptokrasi memandangkan rekod cemerlang bekas perdana menteri itu memenangi pilihanraya umum sebanyak 5 kali dengan 2/3 majoriti dalam Parlimen.

“Para responden menunjukkan sikap mahukan imej Tun Dr Mahathir bertembung secara ‘direct‘ dengan Datuk Seri Najib yang mengepalai BN.

“Pada hemat ramai rakyat menyatakan sekiranya Pakatan Haraan dapat mengumumkan secara jelas pendirian dan pendekatan ini bagi menghadapi PRU14 nanti majoriti yakin Pakatan Harapan mempunyai peluang terbaik ke arah memenangi pilihan raya umum kali ini,” ujarnya.

Apabila ditanya mengenai barisan kepimpinan dari BN yang diyakini rakyat menunjukkan 59% dari responden menyatakan mereka hanya yakin pada Tengku Razaleigh Hamzah.

“Hampir kesemua nama-nama pemimpin BN sudah tidak diyakini rakyat jelata.

“Secara rumusannya, sekiranya Pakatan Harapan berani mengambil pendekatan ini untuk memberi bayangan secara jelas kepada rakyat jelata peluang bagi memenangi PRU14 dan menawan Putrajaya amat cerah,” ujarnya.

Justeru Khairuddin berkata, Pakatan Harapan harus bijak untuk mengambil peluang terhadap ‘aura’ Tun Dr Mahathir yang amat diyakini oleh semua lapisan masyarakat bagi menjaminkan barisan pembangkang dapat menubuhkan kerajaan baharu selepas pilihan raya umum ke-14 nanti.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA:  Anwar Ibrahim Meninggal Dunia Di Penjara Kerana Peribadi?

KLIK BACA: Dr Mahathir buktikan sebaliknya dakwaan Najib tidak gadai kedaulatan negara?

KLIK BACA: Dr Mahathir saja boleh kalahkan Najib, kata Zaid

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

MESTI BACA: Sanusi: Orang terkorban bertanya pasal 1MDB

KLIK BACA: Undi PAS tak boleh bentuk kerajaan buat apa, soal bekas pengarah urusan Harakah 

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Iran ancam hancurkan seluruh Arab Saudi kecuali Makkah dan Madinah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share