Advertisements

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menuduh laman web Sarawak Report menghendap dan mengganggu Datin Seri Rosmah Mansor – isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Salleh mendakwa melalui blognya bahawa laman web itu telah memaparkan “tingkah laku tidak beradab dan sopan” dengan mengganggu Rosmah – yang kini berada di kota London.

“Mereka melemparkan dakwaan fitnah yang tidak lain hanyalah satu pembohongan besar sambil berkata bahawa kebebasan media membolehkan mereka untuk berkata apa sahaja yang mereka suka.

“Kita menjangkakan masyarakat yang kononnya bertamadun di England untuk sekurang-kurangnya menghormati isteri seorang perdana menteri asing, tetapi nampaknya diplomasi hanya dikhaskan untuk jenis mereka sendiri,” kata Salleh.

Catatan di blog itu mempunyai tajuk yang hampir sama dengan sebuah klip video di YouTube yang dimuat naik oleh blogger Raja Petra Kamaruddin bertajuk: “Sarawak Report stalks and harasses Rosmah Mansor in London, 8th May 2017”.

Advertisements

Salah seorang individu berkenaan, seorang lelaki, kedengaran memberitahu orang yang merakam video tersebut bahawa mereka tidak seharusnya datang ke London jika tidak mahu gambar mereka dirakamkan.

“Kamu tidak perlu datang ke sini jika tidak mahu terdedah dengan kewartawanan yang betul, dan tumpuan perhatian dunia adalah mengenai jenayah kewangan terbesar era moden.

“Kamu perlu membayar balik wang itu kepada rakyat Malaysia kerana saya tahu mereka amat memerlukannya,” kata lelaki itu.

Sarawak Report berulang-kali mendakwa bahawa Najib menyalahgunakan dana awam melalui 1MDB untuk kepentingan peribadi – tuduhan yang perdana menteri menafikannya sekeras-keras.

Rosmah dilaporkan tiba di United Kingdom bersama 32 pelajar PERMATA dan enam guru Khamis lalu dan dijadual berada di sana sehingga hari ini.

KLIK BACA: Iran ancam hancurkan seluruh Arab Saudi kecuali Makkah dan Madinah

KLIK VIDEO: Video amanat Tun Mahathir kepada penduduk Pekan, tolonglah…

KLIK BACA: Ezam nasihat Ulamak PAS berhati-hatilah….

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Mahathir bertanding PRU-14 di Putrajaya kota yang dibangunkannya – Husam Musa

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

KLIK BACA: Kita berada pada zaman yang menakutkan – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share