Advertisements

Bekas ahli PPBM Mohd Anas Sudin (kanan) ketika sidang medianya hari ini. – Foto Malaysia Gazette

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal diambil tindakan mahkamah kerana menyebabkan bekas ahli partinya mengalami trauma dan kemurungan.

Ia berikutan dakwaan Muhyiddin sebelum ini bahawa bekas ahlinya, Mohd Anas Sudin yang mengumumkan keluar parti baru-baru sebagai seorang ahli PKR.

“Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Tan Sri Muhyiddin tersebut adalah fitnah dan mengaibkan nama saya secara peribadi, apatah lagi di kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan masyarakat warga umum yang mengenali saya sehingga ada yang memanggil saya dengan gelaran kepada lalang dan tupai.

“Saya sesungguhnya amat terkesan dengan kenyataan TS Muhyiddin tersebut dan telah mengalami trauma dan kemurungan akibat dari tohmahan dan prasangka buruk daripada rakan-rakan parti apatah lagi masyarakat yang mengenali saya secara dekat,” katanya seperti dilapor Malaysiagazette.

Anas menegaskan perkara itu dalam satu sidang media khas di Seremban malam tadi bersama beberapa orang pengikutnya yang juga bekas ahli PPBM.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Anas memberi peluang kepada Muhyiddin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam bentuk siaran media dalam masa tujuh hari bermula hari ini sebelum meneruskan hasrat untuk tindakan undang-undang tersebut.

“Saya menuntut Muhyiddin untuk menarik balik kenyataan tersebut, segera memohon maaf kepada saya secara bertulis sama ada siaran media umum atau bercetak dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh sidang media ini dibuat.

Terdahulu, Anas bersama 500 orang bekas ahli Bersatu bahagian Rembau mengumumkan keluar parti berikutan amalan kronisme yang berlaku dalam parti tersebut.

Muhyiddin bagaimanapun, menempelak tindakan Anas yang juga bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan itu dengan dakwaan bahawa Anas merupakan seorang ahli PKR.

Dalam pada itu, Anas turut mempertikaikan kredibiliti Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yag disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang.

Dakwanya lagi, tindakan tergesa-gesa Muhyiddin untuk membuat keputusan tanpa membuat sebarang siasatan berhubung keahliannya, bakal meletakkan negara dalam keadaan bahaya sekiranya Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Malaysia.

KLIK BACA: Tun Mahathir senaraikan sebab dunia tidak akan hormati Malaysia

READ MORE: Dr Mahathir: Really, you wants the world to respect Malaysia?

KLIK BACARafizi: Duit rakyat biayai penyelesaian AS1.2b 1MDB- IPIC?

KLIK VIDEO: Najib 3 sen pun berkira dengan rakyat, kata Rafizi

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Adam Rosly mengaku pinjam Ah Long RM500,000

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share