Advertisements

Menghentikan perniagaan seketika ketika Maghrib sudah menjadi budaya di Kelantan dan hanya pihak “berjiwa sekular” tidak dapat menerima peraturan itu, menurut kerajaan negeri.

Pengarah Urus Setia Penerangan Kelantan Ashaari Mamat berkata amalan itu sudah lama diterima selaras dengan gelaran negeri itu sebagai Serambi Mekah, lapor Harakahdaily.

“Malangnya ada pemimpin Melayu yang berjiwa sekular tidak menerima peraturan seperti itu.

“Ini sesuatu yang cukup malang bagi rakyat Malaysia,” beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu.

Ashaari juga berkata “pemimpin sekular” sedang memperlekeh usaha itu bagi mencacatkan dasar Membangun Bersama Islam.

Menurutnya lagi, peraturan itu sepatutnya disokong kerana dapat mendidik rakyat supaya segera menunaikan solat Maghrib yang waktunya pendek.

Advertisements

Laporan itu tidak menyebut beliau merujuk langsung kepada pemimpin mana.

Bagaimanapun ia dibuat selepas bekas menteri Umno yang kini bersama DAP Datuk Zaid Ibrahim mengugut untuk menyaman kerajaan negeri susulan langkah itu.

Bekas pemimpin kanan PAS yang berpaling tadah kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa juga menolak peraturan itu kerana orang bukan Islam tidak perlu bersembahyang Maghrib.

Husam berkata kerajaan Kelantan sebenarnya tiada agenda utama untuk memajukan rakyat dan justeru mencari perkara kecil untuk dilihat Islamik.

Kontroversi itu meledak selepas arahan yang hanya hanya dikuatkuasakan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebelum ini kini diperluaskan ke daerah-daerah lain. – Malaysiakini

Nota Ana Ghoib: Husam kata dulu tak ramai peniaga non muslim spt sekarang dan mereka tak termasuk ketetapan tutup kedai.

Itu sahaja masalahnya jadi tak perlu gaduh paksa biarkan sahaja mereka non muslim berniaga – kenapa nak keras pukul borong semua – kemudian tambah menyusahkan melabel orang lain sekular.

Kamu tak perduli rungutan orang yang didengar atau tidak didengari balasannya rungutan kamu tentang GST Royalti juga tidak didengari – maka belajarlah mendengar betul-betul malah suara hati rakyat muslim atau non muslim – jangan ketawa ejek label dahulu]

Ana Ghoib teringat sebuah kisah yang dinukilkan oleh Ibnu Katsir di mana ada seorang sahabat Rasulullah SAW diadukan sering menceroboh sebuah kebun kurma milik orang lain lalu mengambil hasil sebatang pokok kurma miliknya.

Bila diadukan kepada Nabi sahabat tadi berkeras enggan menjual pokok itu meski bagi mengelak dia menceroboh kerana kurma sebatang.

Nabi dikatakan mengeluh dan berkata: ‘Engkau ini menyusahkan orang…” lalu baginda mengarahkan pokok kurma sahabat itu dicabut dan ditanam diluar kebun. [Selesai masalah!]

Dalam hal Kelantan Serambi Makkah ini umpamanya mustahil mahu dicabut peniaga non muslim yang bertapak – jadi elok sahaja secara bijaksana dikecualikan mereka seperti mana cadangan Zaid dan Husam yang kononnya ‘sekular’ itu. [Selesai masalah!]

Janganlah kamu jadi kaum yang keras menghukum suka bertengkar dan ingatlah antara azab Allah ialah diturunkannya bala pertengkaran jadi berhentilah kerana hal remeh-temeh kerana takwa kepada Allah dan iman kepada Rasulullah SAW.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib | Mimpi dan penglihatan aneh …

KLIK BACA: Jawab siapa 17 penerima dana SRC yang dipinjam dari wang pencen – Rafizi

KLIK BACA: Kerana PAS orang melayu tidak lagi MAJORITI – Tun Mahathir

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

KLIK BACADr Mahathir: BERSATU tak terima dana, penderma bimbang disiasat LHDN

KLIK BACA: Gurindam Seloka Tuduhan Derma RM90 Juta PAS – Kadir Jasin

KLIK BACA: Ada yang bertanya kenapa skandal mereka begitu susah diheret ke MAHKAMAH? – Dr Dzulkefly

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share