Advertisements

Siti Kasim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang membuli dan memfitnahnya berkaitan isu kewujudan tuhan getaran. – Foto The Malay Mail

Peguam, Siti Kasim berkata demikian selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengesahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam terbabit untuk diambil keterangannya.

Malaysiakini melaporkan melalui status dikemas kini di Facebooknya malam tadi, Siti berkata, dia mendapati “pelik” kerana tidak dihubungi berkaitan hal berkenaan.

“Mereka nak panggil saya sebab apa? Berdasarkan seorang blogger bodoh yang mereka cipta cerita untuk apa saja alasan dan memusingnya supaya saya seolah-olah mencipta tuhan baru?

“Hanya orang sakit jiwa akan benar-benar percaya kekarutan ini. Pergi semak temu bual penuh sebelum mengganggu saya,” katanya.

Menurut Siti, dia tidak teragak-agak untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan undang-undang ke atas sesiapa yang cuba membuli dan memfitnahya.

Advertisements

Semalam, Asyraf berkata, jabatan agama Islam negeri boleh mengambil tindakan ke atas Siti jika dia didapati melanggar undang-undang.

Jakim, tambahnya, akan membincangkan kenyataan dibuat Siti mengenai kewujudan tuhan dalam laporan media berbahasa Cina baru-baru ini.


Nota Ana Ghoib: Bukan mahu membela tetapi dari video itu jelas dikatakan bahawa kenalan kepada Siti Kasim yang mengatakan tuhan getaran.

Tapi biasalah orang kita baca tajuk tanpa membaca isi kandungan dan video disebar blogger tersebut.

Malangnya ada juga yang bermentaliti TALIBAN yang segera mahu cuba mempraktikkan ilmu agama dengan menghukum murtad – kafir tanpa usul periksa kononnya untuk membuat pahala.

Apa pun tindakan JAKIM bagus kerana boleh bertanya apakah Siti Kasim percaya apa yang dikatakan oleh kawannya itu.

Di dalam Kitab Taurat ada hukum tanya, dengar dan lihat ini sebelum mengadili lagi menghakimi manakala di dalam Al Quran pula diletakkan dalam hukum siasat siapa penyebarnya dahulu dan menghakimi dengan adil tanpa pilih kasih. [*Di Malaysia siasat ada bukti kemudian tutup rahsia siapa cakap kena penjara pula…]

Siti Kasim yang bertanya siapa menciptakan tuhan di dalam video itu maka disini diturunkan peringatan bahawa Allah itu Al Awwalu Wal Akhiru – Tiada Awal [IA PERTAMA & ESA] Tiada Akhir – Maka siapakah yang boleh menciptakannya? Jawabnya tiada!

Maka peguam Siti Kasim bersoal jawablah dengan Al Quran dengan bertanya ditempat yang HAK BENAR bukan diutamakan dengan kawan-kawan sahaja – InsyAllah.

Sesungguhnya Al Quran itu hujah yang mengalahkan semua hujah – mudah-mudahan Al Quran itu menjadi peguam hujah bicara yang suci dan HAK kita dihari pengadilan akhirat kelak.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib Hud’s – Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh

KLIK BACA: Zam: Debat Nazri tak jadi, kemenangan politik bermaruah Tun Mahathir ke atas Najib

KLIK BACA: Kit Siang: Najib takut rakyat, kami dah ramal debat tak akan jadi

KLIK BACA: Najib, Hadi sudah wajar dibersarakan – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Saya sudah kata GST memihak golongan kaya mendera rakyat miskin – ANWAR

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share