Advertisements

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memang boleh membantu kerajaan dari segi pendapatan, tetapi pada dasarnya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, masa depan rakyat tetap suram.

Keadaan itu, kata beliau, akan terus berlaku jika rasuah, ketirisan, kelemahan tatakelola dan urus tadbir dalam kerajaan tidak diperbaiki.

Pembaziran daripada projek kerajaan juga, kata Anwar, tidak membantu mengubah nasib rakyat.

“Apa gunanya pendapatan kerajaan daripada GST meningkat tahun demi tahun jika pendapatan rakyat tidak meningkat? Jika lebih 10 peratus anak muda yang boleh bekerja tidak dapat mencari kerja? Jika setiap bulan, apabila ke pasar jumlah yang boleh dibeli dengan RM100 semakin berkurangan?” katanya dalam kenyataan hari ini.

1 April diingati sebagai tarikh bermulanya GST diamalkan dua tahun lalu.

Sistem cukai itu diperkenalkan bagi menggantukan cukai jualan dan cukai perkhidmatan – masing-masing pada kadar 10 dan 6 peratus – yang diamalkan sebelum 1 April 2015.

Advertisements

Menurut kerajaan pendekatan mengamalkan GST diambil untuk menambah baik sistem kewangan negara serta mencari sumber pendapatan baru dengan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.

Melalui pelaksanaan GST, kerajaan menjangka memperoleh kira-kira RM23.1 bilion dan ia akan dijana untuk menampung kos pembangunan negara.

Sebahagian pemimpin kerajaan pula menegaskan, pelaksanaan GST akan dapat menurunkan harga sesetengah barang.

Bagaimanapun pengkritik menganggap pelaksanaan GST menyumbang kepada peningkatan harga barangan dan menyukarkan ekonomi rakyat.

Anwar berkata, beliau sudah menyuarakan beberapa kali bahawa GST di Malaysia bersifar regresif (cenderung bersifat mengundur), memihak kepada golongan kaya dan mendera rakyat miskin.

DIKEMASKINI: Kit Siang: Najib takut rakyat, kami dah ramal debat tak akan jadi

“Pelaksanaannya pasti menyumbang ke arah meningkat jurang pendapatan antara rakyat miskin dan kaya. Kenyataan tersebut diakui semua pakar ekonomi,” katanya yang pernah menjadi menteri kewangan suatu ketika dulu.

Menurut beliau, sebelum melaksanakan cukai tambahan kepada rakyat, kerajaan harus menghentikan amalan boros dan ketirisan – dianggar bernilai puluhan bilion ringgit – yang dikenal pasti dalam laporan tahunan Ketua Audit Nagara.

Katanya, ketirisan itu berlaku daripada amalan pembidaan tanpa tender dan rasuah yang berleluasa.

“Pendirian kami di PKR dan Pakatan Harapan adalah, perlaksanaan GST harus dibatalkan dengan menggunakan kadar sifar, selain menghentikan amalan boros, membanteras rasuah serta merangka sistem pencukaian progresif yang menjaga kepentingan rakyat,” katanya. – Malaysiakini

KLIK BACA: Rafizi dedah kuasa memperkasa Mahkamah Syariah terletak ditangan Najib sebagai PM

KLIK BACA: Zahid simpati kepada penyokong Pas dengan mainan pemimpin

KLIK BACA: Sabotaj ekonomi umpama Yahudi, kata Asyraf Wajdi

KLIK BACA: Ahli PAS disaran gantikan Hadi, damaikan HARAPAN menjelang Muktamar

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share