Advertisements

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa bermegah keanjalan survival hayat politik sejarah Umno dan bangsa Melayu – Foto Malaysiakini

Umno merupakan sebuah parti yang ‘payah mati’ kerana memiliki DNA dan baka tersendiri yang cukup kuat, berbeza dengan parti-parti politik lain, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau memberi contoh parti Pas yang lahir daripada Umno, Parti Amanah (pecahan daripada Pas), Semangat 46 (lahir daripada Umno), DAP (pecahan daripada Parti Tindakan Rakyat Singapura) dan PKR (pecahan Umno).

Jelas Annuar, Umno pula tanpa lahir atau pun tumbuh dari ranting lain, wujud setelah 446 tahun bangsa Melayu hidup dalam suasana tidak bersatu, tiada kerajaan dan dalam suasana dijajah selama tujuh keturunan.

“Ini bukan sembarangan parti, bukan serpihan, bukan lahir dari rasa tidak puas hati, kalah bertanding atau kena buang, tapi lahir secara fitrah dan semula jadi, datang dari hati nurani rakyat yang tujuh keturunan tidak bergabung,” katanya dalam ucaptamanya sempena Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Umno Cawangan-Cawangan seluruh negeri Kedah di sini hari ini.  – Bernama

Advertisements

Nota Ana Ghoib: Zumar Putrajaya – Tidak pernah terjadi dalam sejarah PM UMNO bercakap berbelit-belit di Parlimen dari tunai kepada unit dan tidak pernah terjadi bapa seorang perempuan mangsa bunuh [hapus bukti diletupkan] meraih simpati di Parlimen Malaysia juga tidak pernah terjadi seorang PM memiliki wang lebih 2 bilion di dalam akaun peribadi dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanalah nasib di akhirat kelak kelompok parti Umno ini dihalau ke mahsyar dalam gerombolan [zumar] yang mana apabila mereka sekata berpakat dengan nama Allah dalam mempertahankan perkara salah dan bathil dalam urusannya malah bersikeras menafikan KEBENARAN lagi mengelak berlaku adil kepada diri sendiri dan orang yang dimangsai kerana mereka melebihkan kagum serta memuja-muji walhal penghakiman akhirat itu amatlah berat?

Abu Umamah r.a. mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sekali-kali suatu umat sesat sepeninggal nabinya, melainkan mula-mula kesesatan yang dilakukannya ialah mendustakan takdir.

Dan tidak sekali-kali suatu umat sesat sepeninggal nabinya, melainkan mereka akan diberi berbantah-bantahan (suka membantah kebenaran). – [HR Ibnu Abu Hatim]

Thoha Putrajaya – Tentang kaitan hutang, menipu, mungkir janji dan fitnah Dajjal akhir zaman

Aisyah mengatakan bahwa Rasulullah SAW di dalam solat membaca doa: (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al Masihid Dajjal, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan dosa dan hutang) ‘.

Tiba-tiba ada seseorang berkata kepada beliau, “Kenapa tuan banyak meminta perlindungan dari hutang?”

Baginda menjawab, “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya.”

Dan dari Az Zuhri ia berkata, ‘Urwah bin Az Zubair telah memberitahu kepadaku, bahwa ‘Aisyah berkata: “Aku mendengar Rasulullah dalam solatnya meminta perlindungan dari fitnah Dajjal.” – [Sahih Bukhari]

Thoha Putrajaya – Mendajalkan apabila orang tak bersalah diugut, ditangkap, disoal, dipenjara, diserbu, dirampas, ditutup pintu rezekinya oleh perkumpulan yang memegang sumpah atas nama Allah samada dalam jawatannya atau di perhimpunannya.

Tentang kejahatan PAKATAN pemimpin berkuasa yang menyesatkan menipu kaumnya Samud agar menderhaka dengan sumpah nama Allah.

Firman Allah: Dan adalah di kota itu sembilan orang laki-laki yang membuat kerosakan di muka bumi, dan mereka tidak berbuat kebaikan.

Mereka berkata, “Bersumpahlah kalian dengan nama Allah, bahwa kita sungguh-sungguh akan menyerangnya dengan tiba-tiba beserta keluarganya di malam hari, kemudian kita katakan kepada warisnya (bahwa) kita tidak menyaksikan kematian keluarganya itu, dan sesungguhnya kita adalah orang-orang yang benar.”

Dan mereka pun merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan Kami merencanakan makar (pula), sedangkan mereka tidak menyedari.

Maka perhatikanlah betapa sesungguhnya akibat makar mereka itu, bahwasanya Kami membinasakan mereka dan kaum mereka semuanya. Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka.

Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) pelajaran bagi kaum yang mengetahui. Dan telah Kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka itu selalu bertakwa. – [Surat An-Naml, ayat 48-53]

Firman Allah: Berkatalah Nabi Saleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan”. – (Hud 11:65)

Thoha Putrajaya peringatan dari firman Allah: Sudahkah datang kepadamu berita kaum-kaum penentang, (yaitu kaum) Fira’un dan (kaum) Samud? – (Al-Buruj: 17)

Apakah pernah kamu dengar pembalasan yang ditimpakan oleh Allah kepada mereka dan azab yang diturunkan-Nya kepada mereka tanpa ada seorang pun yang dapat menolaknya dari mereka?

Apabila Dia menghukum orang zalim dan penentang KEBENARAN, maka Dia menghukumnya dengan hukuman yang keras, sebagaimana layaknya hukuman dari Tuhan Yang Mahaperkasa lagi Mahakuasa.

Dari Amr ibnu Maimun, bahwaNabi Saw. melewati seorang wanita yang sedang membaca firman-Nya: Sudahkah datang kepadamu berita kaum-kaum penentang? – (Al-Buruj: 17)

Maka Nabi Saw. bangkit dan mendengarkan seraya bersabda: Ya benar, telah datang kepadaku kisah mereka. – [HR Ibnu Abu Hatim]

Thoha Putrajaya – Umno sudah jadi penentang keadilan dan kebenaran pilih kasih maka bagaimana nasib kaum yang mengikut pimpinan kamu?

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib Syeikh Malaya – Tak semua faham yang faham jadi takut… maka janganlah sampai kaum Melayu ini memilih kesesatan dari petunjuk!

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACASaya tak sayang Kelantan cuma bagi duit Tok Guru Nik Aziz , Dr Mahathir sindir Najib

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share