Advertisements

oleh Ezam Mohd Nor

1. Ya.Kami akan tubuhkan sebuah parti baru. Parti Bebas Rasuah. Sebuah parti yang akan berjuang kearah satu matlamat – memerangi rasuah dan hanya rasuah habis-habisan. Parti ini berbentuk sebuah parti dengan satu objektif sahaja.( a one single objective party)

2. Tumpuan parti ini bukan kepada pembentukan kuasa sepertimana kebiasaan parti2 politik lain. Tumpuan parti ini ialah kepada proses penyalahgunaan kuasa (abuse of power) bukan kepada proses pembentukan kuasa.

3. Oleh yang demikian parti ini akan terus menjadi sebuah parti yang kecil.Parti kecil yang fokus kepada satu isu. (An issue based party). Parti akan hilang tumpuan kepada isu apabila ia menjadi besar.Parti yang besar juga akan menyebabkan ianya tertumpu kepada perebutan kuasa. Justeru, Parti ini tidak boleh dan tidak akan menjadi parti besar.

4. Sejarah dunia banyak menyaksikan kejayaan beberapa parti yang terus kekal kecil dan kekal komited kepada hanya satu objektif. Kejayaan parti seperti ini bukan diukur kepada berapa orang Perdana Menteri yang dilahirkan parti itu tetapi berapa Perdana Menteri yang gugur kerana fokus parti kecil kepada isu besar negara.

5. Apakah isu besar Malaysia hari ini? Seluruh dunia tahu ianya berkisar soal rasuah dan salahguna kuasa. Puluhan billion sudah dilesapkan. Ratusan billion lagi akan lenyap dari khazanah negara sekiranya kita tidak bangkit. Ini bukan kesah dongeng. Serata dunia kes kecurian besar2an ini didedahkan. Hanya di Malaysia kes ini ditutup. Dalam bahasa moden ianya disebut kerajaan kleptokrat.

Advertisements

6. Tanggungjawab kita untuk bangkit menentang kejahatan ini. Kami tubuhkan parti ini atas rasa tanggungjawab ini.Justeru ianya bukan soal politik. Ianya persoalan tanggungjawab kita kpd negara tercinta ini.

Tanggungjawab ini juga bertitik tolak daripada firman Allah swt didalam AlQuran.

Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang sesama mereka dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan org2 yang tidak melarang itu ialah kerana mrk menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa. – [Surat Hud 116]

7. Kami tidak mahu termasuk golongan orang2 yang berdosa seperti didalam firman Allah itu. Maka kami bertekad menjadi kelompok yang akan memerangi mereka yang melakukan kejahatan. Saya sendiri akan mengetuai perjuangan ini berdepan dengan Najib dimana sahaja beliau bertanding. Dato Seri Khairudin telah nyatakan kesediaan bersama memimpin parti ini dan sedia berdepan dengan menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kewangan negara.

8. Fokus kami ialah kepada Kementerian Kewangan kerana disinilah lubuk kejahatan salahguna kuasa. 1MDB dan SRC hanya sebahagian daripadanya. Jauh lebih besar adalah kejahatan yang berlaku dimana kesemua tender kerajaan diputuskan di Kementerian Kewangan dimana hanya Menteri Kewangan yang boleh mempengerusikan dan meluluskannya. Parti baru ini akan fokus dan membongkar lubok kejahatan salahguna kuasa ini.

9. Inilah komitmen parti baru ini. Saya, Khairudin dan beberapa lagi aktivis yang pernah merengkok di penjara didalam perjuangan melawan rasuah akan mempeloporinya. Kami akan dan sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berjuang melawan kejahatan ini.

10. Maklumat khusus parti, nama, protem dll akan kami kongsikan setelah segala urusan berkaitan dengan Pendaftar Pertubuhan selesai. Insha Allah.

11. Hanya kepada Allah kami berazam dan bertawakkal.

Sekian.

MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Jumaat, 17.3.17 bersamaan 18 JamadilAkhir 1438H | Foto kredit Malaysiakini


Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh…

KLIK VIDEO: “Saya tidak simpan dendam terhadap Pak Lah,” cerita Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share