Advertisements

Baru saja mengumumkan penubuhan parti baru, Datuk Ezam Mohd Nor berkata, beliau akan mengetuai ‘perjuangan’ itu dengan mendepani Datuk Seri Najib Razak di mana saja perana menteri itu bertanding.

Katanya, beliau dan pimpinan ‘Parti Bebas Rasuah’ itu enggan termasuk dalam golongan yang berdosa kerana tidak bertanggungjawab melawan penyelewengan.

“Maka kami bertekad menjadi kelompok yang akan memerangi pihak melakukan kejahatan.

“Saya sendiri akan mengetuai perjuangan ini berdepan dengan Najib di mana sahaja beliau bertanding,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau hari ini mengesahkan akan menubuhkan sebuah parti baru dengan membawa matlamat tunggal iaitu melawan rasuah.

Mengakui ia adalah sebuah parti kecil, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata matlamat mereka bukanlah untuk mendapatkan kuasa.

Advertisements

Ezam juga mengumumkan fokus utama parti itu ialah Kementerian Kewangan yang didakwanya menjadi “lubuk kejahatan”.

Semasa menganggotai semula Umno, Ezam pernah dilantik sebagai pengarah komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk makluman, Najib adalah menteri kewangan pertama, sekali gus pihak yang berkaitan secara langsung ke atas 1MDB.

Pembangkang mengaitkan perdana menteri dengan salah laku membabitkan syarikat pelaburan negara itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah mengesahkan tiada salah laku atau penyelewengan dilakukan oleh beliau.

Jika kenyataan Ezam itu direalisasikan, beliau kemungkinan besar akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di kawasan parlimen Pekan yang diwakili Najib sejak 1986.

Kata Ezam, bekas naib ketua Umno Batu Kawan – yang kini menjadi pengkritik tegas Najib – Datuk Seri Khairudin Abu Hassan sudah menyatakan persetujuannya bersama dengan kempimpinan parti baru itu.

Setakat ini Ezam belum menjelaskan bagaimana ‘Parti Bebas Rasuah’ itu akan dibentuk atau bila permohonan pendaftarannya akan dikemukakan. – Malaysiakini

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: “Saya tidak simpan dendam terhadap Pak Lah,” cerita Mahathir

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share