Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai lebih 8,000 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Putra di Putrajaya bagi memohon kesejahteraan negara yang kini berdepan ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Turut menyertai jemaah di masjid tersebut ialah timbalan beliau, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Solat hajat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat itu dilakukan sejurus selesai solat Jumaat.

Semalam, Najib meminta semua masjid di negara ini melakukan solat hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.

Sebelas rakyat Malaysia, termasuk tiga pegawai kedutaan, dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan tindakan Malaysia mengusir duta negara itu, Kang Chol, yang diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.

Namun dua rakyat Malaysia, Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy yang menyertai Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini berada di Beijing, China. – Bernama

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: P Ramlee sindir Umno ibarat sarkis?

KLIK BACA: Tun Mahathir bangga SPRM berjaya tangkap pegawai tinggi kerajaan?

KLIK BACA: Kalaulah laporan Audit bukan rahsia maka Rafizi tidak berisiko ke penjara….. – Mahfuz

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share