Advertisements

Hampir 15 tahun bersara, di usia emas 91 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin membuat kejutan dengan kembali ke parlimen.

Facebook penyokong anaknya, Datuk Seri Mukhriz, melaporkan beliau mengajak menteri Umno Nazri Aziz yang mencabarnya untuk berentap di Langkawi.

“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.

“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja,” beliau dipetik sebagai berkata di Facebook Mukhriz Mahathir FC.

Selain menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Mahathir baru-baru ini turut diumumkan sebagai ketua BERSATU untuk bahagian Langkawi, Kedah.

Setiausaha agung BERSATU Datuk Sharuddin Md Salleh ketika dihubungi Malaysiakini hari ini menjelaskan:

Advertisements

“Tak ada cerita soal bertanding buat masa ini, Tun Mahathir hanya dilantik sebagai ketua penaja BERSATU Langkawi.”

Bagaimanapun Mukhriz Mahathir FC melihat perkara itu sebagai “petunjuk jelas” Mahathir akan kembali bertanding sebagai anggota parlimen dan memilih Langkawi sebagai tempat baru untuk bertapak.

Mahathir, perdana menteri 22 tahun, amat sinonim dengan pembangunan pulau pelancongan terkenal di utara semenanjung Malaysia itu.

Mukhriz Mahathir FC dalam tulisan itu berkata Mahathir tiada pilihan selain perlu bertanding semula dan “khabar gembira bagi penantian sebuah perubahan”.

“Dikhabarkan Tun Mahathir sangat popular, dikenali dan disukai oleh penduduk Langkawi atas jasa dan sumbangannya memajukan pulau tersebut, sekali gus menjadikan harapannya untuk menang adalah cerah jika bertanding di situ,” menurut laporan itu.

Kedah dilihat sebagai negeri yang paling berpotensi untuk BERSATU memandangkan ia negeri kelahiran Mahathir.

Mukhriz juga pernah menjadi menteri besar negeri itu sebelum ini.

Di era bersama BN, Mahathir adalah anggota parlimen Kubang Pasu, Kedah. – Malaysiakini | Foto FMT

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir ucap syabas betapa berani Nazri mencabar, tapi…

KLIK BACA: Tiada seorang pun PM sejujur Tunku Abdul Rahman – ZAM

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

DIKEMASKININajib-Jho Low perkongsian ‘ali baba’ bagaimana pula, soal DAP

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: Peguam Dr Mahathir puji IGP pantas kes Jong-nam tapi bukan 1MDB

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share