Advertisements

Bekas ketua pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mengaitkan hak Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri dengan langkah Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan itu sekitar tahun 1970 walaupun masih berhak memegangnya.

“Bagi saya, anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya dan atas persetujuan parti berhak untuk menjadi perdana menteri walaupun tidak popular di kalangan majoriti rakyat. Maka itu Datuk Seri Najib berhak dari segi demokrasi.

“Tetapi ketidak stabilan negara, kehilangan keyakinan rakyat yang berpunca dari ketidak cekapan dan ketidak bijaksanaan dalam pengurusan politik, ekonomi dan keselamatan adalah mewajarkan seseorang perdana menteri yang berfikiran demokratik untuk meletakkan jawatan.

“Atas kesedaran dan sentivitinya terhadap perasaan rakyat lah maka Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Tun Abdul Razak pada 23 September 1970 sekalipun dari segi demokrasi beliau masih berhak untuk terus jadi perdana menteri,” kata Zainuddin dalam blognya.

Beliau yang terkenal dengan gelaran Zam dan pernah menjadi menteri penerangan turut menyelitkan kisah peribadi Tunku yang dianggap beliau sebagai perdana menteri Malaysia yang paling jujur.

“Dari pengalaman saya, tidak ada seorang pun perdana menteri Malaysia sejujur Tunku.

Advertisements

“Tunku pernah duduk bercerita sehingga lebih jam satu malam antaranya tentang siapakah di sebalik usaha untuk menjatukannya dan memfitnahnya mempunyai skandal dengan seorang seniwati Melayu tersohor.

“Bila suami kepada seniwati ini datang meminta ampun setelah mengetahui hal sebenar, Tunku bertanya ‘Hang dah puas aku tak main bini hang’,” kata Zam menceritakan pertemuan beliau dan rakan-rakan Utusan selepas Tunku tidak lagi menjawat kerusi nombor satu negara.

Antara wartawan Utusan Melayu yang turut sama dalam pertemuan itu, menurut Zam, ialah Tan Sri Melan Abdullah yang merupakan ketua pengarang ketika itu, Osman Abadi, Harun Hassan dan Jiro.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub mendedahkan Najib akan diminta untuk melepaskan jawatan perdana menteri dalam masa terdekat.

Justeru, kata Salahuddin, presiden Umno itu harus mengawal emosinya daripada begitu terdesak sehingga terpaksa mendedahkan ada pimpinan utama Umno yang meminta jawatan ketua menteri.

“Najib perlu belajar mengawal emosinya kerana akan ada pula di kalangan pimpinan kanan Umno yang meminta jawatan Perdana Menteri daripada beliau dalam tempoh waktu terdekat,” kata Salahuddin.

Mengulas lanjut, Zam berkata, Tunku meletakkan jawatan setelah menciumi perasaan dalaman parti dan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu terhadap sikap tolak ansurnya walaupun beliau percaya kebenaran dasarnya sehingga ke akhir hayat beliau.

“Maka itu, beliau memberikan laluan kepada Tun (Abdul) Razak dan demikianlah juga Tun Abdullah (Ahmad) Badawi dalam memberikan laluan kepada Najib.

“Tunku Abdul Rahman tidak takut untuk meletakkan jawatan kerana beliau tidak berasa telah melakukan kesilapan besar terhadap negara dan bangsanya.

“Beliau tidak menyelewengkan wang negara, beliau tidak menyembunyikan kesilapan dan kelemahannya sebaliknya membuat pengakuan terus terang sekalipun yang melibatkan peribadinya dan tidak takut untuk ditangkap atau dihukum oleh rakyat sekiranya beliau berhenti,” tambah Zam.

Antara pengakuan jujur Tunku kepadanya ialah tabiat bermain judi atau poker, jelas Zam.

“Umpamanya apabila saya menemui beliau selepas tragedi 13 Mei 1969 bertanyakan apakah benar beliau bermain poker bersama kawan-kawannya ketika negara sedang berada dalam kekacauan seperti yang didakwa oleh (Tun) Dr Mahathir Mohamad,Tunku terus mengakui: ‘Ya benar, bukan saya ambil duit bapa dia, tulis, tulis.

“Demikian juga bila (Tan Sri) Syed Kechik (Syed Mohamed Al-Bukhary) jutawan Melayu menghadiahkan kereta Rolls Royce kepadanya, beliau berkata dalam suatu majlis ulangtahun kelahirannya yang turut dihadiri oleh ramai wartawan dalam dan luar negara: ‘Syed buat apa hang bagi kereta kat aku, hang bagi duit kat aku,aku boleh pi main poker,” cerita Zam lagi. – Sumber: Malaysiakini

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, kata Musa Hitam

DIKEMASKININajib-Jho Low perkongsian ‘ali baba’ bagaimana pula, soal DAP

KLIK BACA: Ramai ahli Umno berminat tahu hubungan sebenar Najib-Jho Low

KLIK GAMBAR: Kehadiran Tun Mahathir di KLCC dikerumuni rakyat

KLIK GAMBAR: Tun Mahathir lawat Forest City, Najib kata pajakan 99 tahun tapi ….

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: Peguam Dr Mahathir puji IGP pantas kes Jong-nam tapi bukan 1MDB

KLIK BACANazri menang 2,000 undi pun ada hati nak cabar Tun Mahathir…

KLIK BACA: Apa kata Ezam mengenai ‘ketelusan’ Pemuda Umno Jho Low 1MDB?

KLIK BACA: Dr Mahathir akui U Turn, hanya pemandu bodoh pandu terus dalam bahaya

KLIK BACA: Dana 1MDB: Dari taja haji hingga bayar hutang judi – Malaysia Dateline

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share