Advertisements

Lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Salman Abdul Aziz Al Saud ke Malaysia secara tidak langsung melenyapkan segala tuduhan pembangkang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion yang berada dalam akaun bank peribadinya.

“Dulu ada seorang pemimpin kata, Arab gila pun takkan nak bagi dana sebanyak itu. Tetapi kehadiran Raja Salman hari ini cukup untuk membuktikan bahawa Datuk Seri Najib berkata benar, bahawa RM 2.6 bilion itu sememang adalah dana derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

“Saya yakin pemberian tersebut diberikan berdasarkan atas pencapaian dan usaha Najib memartabatkan Islam di negara ini dan juga secara global, kata seorang pensyarah, Prof Madya Hanafiah Harun yang dipetik portal Umno Online.

Menurut pensyarah UiTM itu, jika benar Najib menggunakan atau memfitnah keluarga diraja Arab Saudi untuk menutup kesalahannya, sudah pasti Raja Salman tidak akan menjejakkan kakinya ke Malaysia.

Keluarga diraja Arab Saudi, katanya, juga tidak akan berdiam diri dengan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar dan akan bertindak untuk membersihkan nama mereka.

“Jadi jelaslah di sini bahawa segala isu yang timbul berhubung isu dana RM2.6 bilion itu adalah semata-mata rekaan dan fitnah pihak luar yang disambut dan sebar luaskan oleh pihak pembangkang di negara ini semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin negara,” katanya.

Advertisements

“Saya kira pembangkang kini sudah ketandusan modal. Sebab itu mereka jadikan tohmahan dan fitnah sebagai senjata mereka untuk menyerang Najib, biarpun ia sudah berkali-kali dinafikan dan termasuklah kenyataan Menteri Luar kerajaan Arab Saudi sebagai bukti kebenaran kata-kata Datuk Seri Najib.

“Dan hari ini, kesudian Raja Salman memilih Malaysia sebagai negara pertama dalam rangka lawatannya sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala dakwaan pihak pembangkang berhubung isu dana tersebut hanyalah satu tohmahan dan fitnah yang berniat jahat semata-mata,” katanya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku, manakala perdana menteri menyalahkan pihak pembangkang yang berkomplot menggunakan dakwaan rasuah untuk menggulingkan beliau daripada kuasa. – Malaysiakini | MRM | Foto Wisma Putra


Nota Ana Ghoib – Thoha Putrajaya bukan macam kanak-kanak sekolah debat pencadang pembangkang tetapi KEBENARAN TERTINGGI.

Tak Lojik Derma Kepada Najib Razak Sedangkan Arab Saudi Pun Pinjam 10 Bilion – KLIK VIDEO Mukhriz Tun Mahathir

Yang pastinya derma itu tidak melibatkan Raja Salman cuma putera kerabat di raja Saudi sahaja yang sebelum ini fotonya dipaparkan bersama Jho Low di dalam sebuah kapal layar mewah sebagaimana dilapor media.

Tidak manis menggunakan lawatan Raja Salman penjaga dua tanah suci itu bagi kepentingan politik.

Sebaiknya ikuti fakta menarik Khalid Samad yang memfailkan usul tuntutan agar AG menjelaskan soal derma itu di Parlimen. KLIK BACA DI SINI

KLIK BACA: Proton dijual lagi baik kita kekal jajahan Inggeris, sindir Dr Mahathir

DIKEMASKINI: Profesor mana kata lawatan Raja Salman lenyapkan isu RM2.6 bilion?

DIKEMASKININajib tergamak perli kita riuh harga minyak naik 20sen, kata Raja Bahrin’

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana…. – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

KLIK BACASalleh tersilap nasihat Tun Mahathir dengar teguran pedas Sultan Johor

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share